Sabtu, 27 Mei 2017

TAHLUF FULUSSI







TOK AJI

TIPU ORANG

KAMPONG



Projek Lembah Binjai: Penduduk dakwa Adun Pas tipu

Sebanyak 14 keluarga yang rumah mereka diambil untuk memberi laluan kepada projek pelancongan Lembah Binjai membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Tuan Haji Mumtaz Mat Nawi dan Exco Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana berbohong berkaitan projek berkenaan.
"Tuan Haji Abdul Fattah Mahmood dan Mumtaz Mat Nawi telah berbohong menyatakan majoriti daripada kami telah bersetuju dengan pengambilan tanah kami untuk projek Lembah Binjai," kata mereka melalui laporan polis di balai polis Binjai Kelmarin.
Menurut laporan itu Abdul Fattah membuat pembohongan itu pada 17 Mei manakala Mumtaz melakukan perkara yang sama pada 19 Mei lalu.
Menurut laporan itu, pemilik-pemilik tanah tidak pernah menerima wakil sama ada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) atau syarikat yang diberi kuasa datang memaklum, berbincang atau menyampaikan maklumat tentang pengambilan berkenaan.
"Kami hanya sedar maklumat ini melalui media setelah berlakunya pewrtaan," kata Abdul Rahman Awang Mat yang mewakili penduduk terlibat membuat laporan polis itu.
Kenyataan bohong itu katanya,cuba menutup cara pengambilan yang tidak mengikut prsedur.
"Ini satu sikap zalim yang merugikan pihak kami kerana tidak ada apa-apa persetujuan dengan projek dan kos pengambilan.
"Harga tawaran pengambilan amat rendah berbanding harga pasaran," katanya.
Beliau berharap pihak polis segera membuka fail siasatan berkaitan penganiayaan yang dilakukan terhadap penduduk terlibat.
Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) bernilai lebih RM100 juta bagi melaksanakan Pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Tuan Haji Fattah Mahmood, dilapor berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu akan membabitkan pembangunan perumahan dan pasar baru Kubang Kerian bagi fasa pertama
INI BUKAN

TAHLUF SIASI

INI TAHLUF

FULUSSI




-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musuh kpd lawan kita, adalah kawan.

Siapa kawan...siapa lawan.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah

bodoh punya ADUN PAS!!. nak kelentong orang kampung pun tak pandai. nak kelepet tanah di lembah binjai pun tak reti ke? kan dah kantoi!! sila belajar dari org umno cara-cara nak rembat tanah org kampung. org umno dan dan keluarkan buku panduan dan carta alir cara2 nak rembat tanah, pinjam jer lah. itu pun susah ke? mcmana boleh jadi ADUN ni???

Tanpa Nama berkata...

bg la negara kat drang. nnt dia wat 2mdb. tinggai spenda ja rakyat.

Tanpa Nama berkata...

biasalah

kegemilangan tradisi turun temurun,
sejak zaman nenek moyang lagi............

kalo tak TIPU,
tak PAS, atau LULUS
tersalah eja pulak....
kata orang, takde FULUS!