.

Sabtu, 27 Mei 2017

SELAMAT BERBUKA PUASA - HARI PERTAMA







HARI PERTAMA


hari ini kuala lumpur
tidak panas dan tidak mendong
tetiba jam 5 petang 
kuala lumpur jadi redup gelap
berangin dan hujan
maka nyamanlah hari pertama

lalu aku teringat kembali
ketika aku berkelana
dari kota ke kota
dari penjara ke penjara

bulan bulan puasa aku sendirian
adakala aku puasa
adakala aku langsung terlupa
bila puasa dan bila raya
inilah nikamatnya berkelana
pernah satu ketika
aku sampai ke maghribi 3 hari
sebelum hari raja haji
aku langsung tidak sedar
hanya bila aku memesan
bas ke casablanca baru
aku diberitahu
fete du mutton 
nama hari raya haji di maghribi
ini bahasa peranchis
melayunya - pesta kambing

kerana fete du motton akan sampai
semua bas berhenti
aku berhari raya di asilah
kota kecil ditepi laut atlantik
aku berhari raya disini

ah! indahnya hidup ini

petang ini 
aku tidak lagi sorang diri
aku tidak akan berbuka kesaorangan
ezi  tak tak  sepang dan gate
kini jadi anggota keluarga

ah ! jauhnya perjalanan 
ah ! indahnya hidup ini
tidak ada apa yang spesial
untuk aku berbuka petang ini
aku ada pisang
 ada buah mangga
sekotak buah kurma
sebenarnya
aku telah mengubah makan
kini aku  makan
tiga puluh peratus mentah

lalu yang aku makan
daun daun pucuk  pucuk
buah buah buah
aku rasa segar

malam kelmarin aku melintas
kampong baru
yang telah diindahkan
untuk bazar ramadan

aku beli sahur di warung asmara
ini wilayah yang paling aku senangi
di pasar malam
aku beli buah avocado & pegaga

telah aku baca satu laporan
daun pegaga dan budu terbaik
untuk hindar barah perut
telah ditemui bahawa 
warga kelantan
amat jarang diserang 
barah perut

ah! indahnya hidup ini

kelmarin aku kecewa
petai empat papan sepuluh ringgit
tapi 
aku masih ada petai jeruk


SELAMAT BUKA

PUASA








------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan sayuran (celup sikit air panas la) dan buah mentah2 ni, walaupun banyak makan lebih dpd biasa.. perut x jadi sengkak, mahupun kita rasa mengah.. elakkan juga makanan proses semasa berbuka.. lebih2 lagi yg dimasak penjual bazaar ramadhan, biasanya hampas dan xdak langsung zat gizi nutrent.. biasa la lerkakas bahan berniaga TT.. gua aramkan pegi bazaar sepanjang tahun..

Satgi TT boleh terawih terus 4 rakaat x5 ja.. tanpa rasa mengah jugak.

Berkelana x wajib posa bro.. ini hadiah dari Tuhan. Berbukalah.. Melayu x tau yg ni. Mengkala hang bagitau, satu Malaya jadi viral.. belik kampong pun, tegaq posa jugak.. Islam juling gila di tanahairku..

TT jadi ka resign jadi melayu?? Tanya jaa. Melayu malas membaca, sbb tu cakap kosong dan menipu ja lebey.. ilmu payah nak sumbat masuk otak.. tambah2, berkelana ni, syirik siot..

DIDI KOTA BELUD berkata...

selamat.dipinchala.kamidi hadir untuk talaki..tadarusi...dia lupa satuieee...takcuriki..dan takjadibalaci..kursus ini..wow..ada kain saruki dibahuieee...dia lupaki..patiki tak ikut lauti..patiki ikut darati..buduki punya kambingdi..uppp...kamidiki..buduki tahap babiki...kakakakak...puasa tegurki..puas hatiki kuki...kakakakka