Sabtu, 25 September 2021

SOKONG PERJUANGAN NASIONALIS SABAHAN

 



Langkah seterusnya adalah Sabah keluar persekutuan, kata aktivis

LANGKAH selanjutnya untuk Sabah kembali menuntut autonomi dan menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi adalah dengan meninggalkan Persekutuan Malaysia, kata seorang aktivis hak Sabah.

Johan Ariffin, pengerusi Sabah Action Body Advocating Rights Trustee berkata sejak 58 tahun berada di bawah persekutuan, Sabah, sebuah negeri kaya sumber tetapi terus menjadi negeri miskin pembangunan dengan kadar pengangguran tertinggi di Malaysia.

Negeri kaya minyak itu yang menyumbang hampir 40% sumber minyak negara di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 hanya menerima kembali 5% yang merupakan satu ketidakadilan, katanya.

“Selepas 58 tahun, mengapa Sabah terus miskin? Semenanjung Malaysia tak boleh jawab ni,” katanya pada satu forum dalam talian anjuran Seeds bertajuk “Reprioritising Sabah Economic Development: 58 Years Under Federation of Malaysia.”

“Mengapa kami beri royalti minyak kami untuk anda membangun? Kami tak kisah berkongsi untung, tetapi beri kami pulangan adil untuk bangunkan sekolah, jalan dan ekonomi kami.

“Mengapa beri Petronas ambil hak kami sepenuhnya tetapi hanya beri balik 5%? Ini menjadikan kami miskin dan (hanya) memanfaatkan Semenanjung,” katanya pada forum itu.

Pada 2021, perolehan negeri Sabah adalah RM4.4 juta. Ia memperolehi RM911 juta royalti minyak dan RM1.25 bilion cukai jualan produk petroleum.

Sabah mengheret Petronas ke mahkamah pada 2019 berkaitan tuntutan cukai jualan produk petroleum dan gergasi minyak itu perlu membayar RM2.9 juta cukai tertunggak kepada negeri itu yang memberi manfaat kepada Sabah.

Johan berkata walaupun wujud banyak perbincangan tentang Perjanjian Malaysia 1963, kesabaran penduduk Sabah semakin menipis dan lebih ramai yang bercakap tentang kemungkinan keluar dari persekutuan.

“Kesabaran di Sabah dan Sarawak makin menipis. Orang bercakap tentang tinggalkan Malaysia di kedai kopi jika anda turun padang tetapi Semenanjung tak peduli,” tambahnya.

Walaupun negeri itu menandatangani MA63 untuk menjadi rakan setara Semenanjung, tetapi ia seperti dijajah dan bukannya menjadi rakan, kata Johan lagi.

“British menjajah kita dan sekarang kita rasa seperti dijajah Malaya. Kembalikan semula status setara dan autonomi, lebih baik sedar sekarang daripada kemudian hari.”

Bagaimanapun, kenyataan Johan dibantah ahli panel lain yang merasakan meninggalkan persekutuan bukanlah jalan yang perlu ditempuh Sabah.

Madeline Berma, profesor kehormat di Universiti Malaysia Sarawak berkata meninggalkan persekutuan bukanlah cara terbaik untuk negeri Malaysia Timur. 

“Ya, memang sudah 58 tahun, tetapi masalahnya kita tak boleh terus menerus salahkan kerajaan persekutuan. Kita perlu fikir cara lain untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Tambahnya, berbanding keluar persekutuan, Sabah dan Sarawak perlu mencari titik tolak untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

“Jadi apa yang kita bertolak ansur? Malaysia untuk orang Malaysia atau keluar? Adakah ini jalan keluar? Keluar tak bantu apa-apa, lihat sahaja korupsi di negeri ini, itu adalah masalah terbesar. Kita perlu tengok diri sendiri.”

Pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalil berkata pendekatan keluar dan menyalahkan Semenanjung atas semua perkara adalah “terlalu mudah”

“Mereka yang mentadbir negeri adalah orang Sabah dan bukannya dari Semenanjung. Orang Sabah yang tadbir negeri dan mereka dipilih orang Sabah,” katanya.

Walaupun Sabah mahu mendapatkan semula autonomi dan kawalan ke atas sumber minyak di negeri itu, jika ia tidak mempunyai amalan pentadbiran baik ia akan terus gagal dan menjadi negeri miskin, katanya.

“Lihat sahaja Venezuela. Mereka banyak minyak dan salah satu negara terkaya di dunia tetapi sumber disalah urus.

“Anda boleh kekal atau boleh tak kekal, ia tak penting jika pemimpin anda korup dan rakyat anda terus pilih mereka. Permainan salah menyalah, mengecam Semenanjung terlalu mudah.”

Khalid mencadangkan model Norway digunapakai dengan sumber minyak negara itu diuruskan bank pusat.

“Sabah perlukan tadbir urus korporat yang kuat untuk mengambil alih pengurusan sumber minyak. Tetapi anda tak boleh buat dengan pemimpin korup terus menjarah sumber ini.”

Johan bagaimanapun mengecam kenyataan Khalid, berkata Semenanjung yang merasakan negeri Malaysia Timur ditabdir secara korup.

“Politik di Semenanjung korup dan ia diperhebat di Sabah. Semenanjung yang mengajar Sabah dan Sarawak untuk menjadi korup.”

Beliau bagaimanapun mengakui masih bangga menjadi rakyat Malaysia dan nampak manfaat untuk terus berada bersama satu persekutuan.

“Jangan salah faham, kami orang Malaysia dan mahu terus kekal. Kami nampak manfaatnya, terutama dalam aspek geopolitik kerana kita dikelilingi Indonesia, Filipina dan China.” – 25 September, 2021.



JANGAN BULI

WARGA SABAH

AMIN

JANGAN PAKSA

BUDAYA ARAB

PADA SABAHAN

AMIN

HAK MENENTUKAN

NASIB SENDIRI

ADA PADA 

WARGA SABAH

AMIN

SAMA SEPERTI

WARGA PALESTIN

AMIN

SAMA SEPERTI

WARGA KASHMIR

AMIN 

TAPI AWAS 

BAHAYA ADA

AMIN

CHINA MERAH

SEDANG

 MELIHAT SABAH 

SEBAGAI PROVINSI

KHALAS


Tiada ulasan: