Jumaat, 3 April 2026
KERAJAAN ZONIS TRUMP TERBARAI
SATU LAGI
KEJAYAAN IRAN
AMIN
KETIKA PERANG
BERJALAN
MENTERI PERANG
AMERIKA
DESAK PANGLIMA
PERANG AMERIKA
LETAK JAWATAN
KAH KAH KAH
ZIONIS AMERIKA
DAH TERBARI
KAH KAH KAH
KHALAS
Hegseth minta Ketua Turus Tentera Darat AS letak jawatan
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, meminta Jeneral Randy George meletak jawatan sebagai Ketua Turus Tentera Darat AS, kata seorang pegawai pada Khamis.
Pegawai itu, yang enggan dikenali, mengesahkan laporan penyiar AS, CBS, yang menyatakan George diminta bersara serta-merta.
Bagaimanapun, permintaan itu tidak dinyatakan dengan jelas, namun CBS memetik sumber berkata Hegseth mahukan individu yang dapat melaksanakan visinya dan Presiden AS, Donald Trump, terhadap pasukan tentera darat AS.
Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, memuat naik kenyataan di platform X yang menyebut George 'akan bersara daripada jawatannya... berkuat kuasa serta-merta', tanpa memperincikan sebabnya.
George adalah pegawai kanan tentera terkini yang disingkirkan dalam penggal kedua pentadbiran Trump, dan penyingkirannya sebagai pegawai tertinggi Tentera Darat berlaku ketika AS terbabit dalam perang dengan Iran yang menurut presiden boleh berlanjutan beberapa minggu lagi.
Sepanjang hampir empat dekad kerjaya ketenteraan, George beberapa kali ditugaskan ke Iraq dan Afghanistan serta pernah memegang jawatan termasuk Timbalan Ketua Turus Tentera Darat dan pembantu kanan ketenteraan kepada Ketua Pentagon, Lloyd Austin, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden.
Trump sebelum ini menyelia tindakan menyingkirkan beberapa pegawai tertinggi tentera, termasuk Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Charles 'CQ' Brown, yang dipecat tanpa penjelasan pada Februari 2025.
Pegawai kanan lain yang turut disingkirkan termasuk ketua Tentera Laut dan Pengawal Pantai, jeneral yang mengetuai Agensi Keselamatan Negara (NSA), Timbalan Ketua Staf Tentera Udara, seorang laksamana Tentera Laut yang ditugaskan ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serta tiga peguam kanan tentera.
Ketua Staf Tentera Udara juga mengumumkan persaraan tanpa penjelasan selepas hanya dua tahun daripada tempoh perkhidmatan empat tahun, manakala Ketua Pentadbiran Selatan AS bersara selepas setahun memegang jawatan itu.
Hegseth menegaskan presiden hanya memilih pemimpin yang dikehendakinya, namun penggubal undang-undang Demokrat menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya 'campur tangan politik' terhadap institusi tentera AS yang secara tradisinya berkecuali.
Tahun lalu, ketua Pentagon itu turut mengarahkan pengurangan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam jumlah jeneral dan laksamana empat bintang yang sedang berkhidmat, serta pengurangan 10 peratus bagi keseluruhan jumlah pegawai berpangkat jeneral dan laksamana. – AFP
SPRM JADI SENJATA UNTUK SELAMATKAN ANWAR BIN IBRAHIM
SPRM TELAH
JADI SENJATA
BUNUH MUSUH
POLITIK ANWAR
BIN IBRAHIM
BUKAN LAGI
BASMI RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"TIM RAFIZI KENA TEKAN"
saya ingin mencadangkan :
1) SPRM juga boleh mempertimbangkan untuk menghantar pegawai mereka ke London untuk merakam percakapan James Chai, ini akan lebih elok buat si James ini, sebab James ni perlu bekerja, cari makan, jika dia pulang, dia perlu mengambil cuti yang mungkin akan berpanjang panjangan,,,,,,,,,,,, (almaklumlah)
2) JIka tiada cara lain dan si James terpaksa pulang juga, maka SPRM haruslah mengeluarkan kenyataan rasmi di media massa bahawa senya, SPRM menjamin, segala kemudahan CCTV di pejabat mereka di mana Si James akan "ditemu bual" semuanya sentiasa dan akan terus berfungsi dengan baik,,,,,,,,,,
PILIHANRAYA DI PAKSAKAN OLEH INGGERIS
POLITIK
PILIHANRAYA
DIPAKSAKAN
KEPADA KITA
OLEH INGGERIS
AMIN
KITA ADA CARA
PERWAKILN KITA
KHALAS
"SYARIKAT LOMBONG EMAS PARTI POLITIK"
Politik perlukan duit yang banyak, kalau politik tanpa duit baik blah awal-awal, ini politik ketuanan, ini politik perkauman ini politik agama jadi semuanya perlukan duit, jadi sebaik masuk, semua mencari duit, ambil peluang sapu komisen ugut projek baru kerana duit, sebabnya tak ada cara lain,
atas nama pembangunan atas nama perubahan, tukar nama poster slogan semuanya projek masuk duit, sekian lama dah tahu arak rokok judi bawa kerosakan kenapa tidak berhenti terus, kamu kan pendekar agama bangsa negara?
Buat undang-undang? Sebabnya amat mudah semua ini projek masuk duit untuk kerajaan kah kah kah kalau pejuang luaran picisan masih tidak faham cara gaya politik negara baik berdiam diri, tak payahlah komen bodoh, akhirnya semua milik orang politik kita amin kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 3 APRIL 2026
RAYA HARI KE 14
PERANG HARI KE 35
HARI INI HARI GOOD FRIDAY
PENGANUT AGAMA KRISTIAN MERAYAKAN HARI INI - HARI GOOD FRIDAY – HARI NABI ISA NAIK KE LANGIT !
TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI
Kemarin Rakyat Amerika mendengar Presiden Trump buat lawak berdiri 20 minit kah. Kah kah kah. Trump klim perang dengan Iran – AMERIKA dah menang kah kah kah.
Trump dalam MASA dua minggu akan bom Iran hancur hingga Iran kembali ke zaman batu kah kah kah
LAWAK LAWAK LAWAK – HAKIKATNYA – SEMUA NEGARA EROPAH TAK SOKONG PERANG TRUMP.
Bukan hanya Sepanyol di bawah kerajaan SOSIALIS yang kutuk Trump – Meloni dari Itali tak benar kapal tebang Amerika mendarat isi minyak di Itali.
Macron dari Paris tolak rancangan hantar kapal perang untuk BUKA Selat Hormuz.
AUSTRIA negara kecil pun menolak dan TIDAK MEMBENARKAN PESAWAT AMERIKA MELINTAS RUANG UDARA AUSTRIA – kah kah kah.
PARAH PARAH AMERIKA DAH PARAH !!! KAH KAH KAH.
Tidak cukup dengan ini : MENTERI PERANG AMERIKA BERGADUH DENGAN PANGLIMA PERANG AMERIKA – kah kah kah
Tidak cukup dengan ini : Trump buang PEGUAM NEGARA AMERIKA – ini kerana Peguam negara Amerika ini membuka fail Epstein untuk di baca umum. KAH KAH KAH.
Semua ini adalah berita baik untuk rakyat dunia.
AWAS !!!
Anwar bin Ibrahim nak beli senjata dari TRUMP bernilai berbilion ringgit – ini BUKAN FITNAH - berita ini datang dari SOSIAL MEDIA PRESIDEN TRUMP.
Justeru TURUN TURUN TURUN – Ahad ini petang jam 3 kita berjumpa DI SOGO. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah dan sejuk – kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus berjerebu, Langit biru indah arah ke Shah Alam – Arah Sungai Besi langit kelam.
Gua mendaki bukit. Suara How Wow boleh di dengar tapi jauh. Kereta masih ramai. Membakar di sana sini. Mercun tak banyak meledak.
Hampir di lorong keluar ada satu keluarga sedang membersihkan kubur. Gua bertanya pada anak muda – KUBUR SIAPA ? Ini kubur DATUK SAUDARA – Bila meninggal ? Dia ketawa kerana dia masih muda – hanya 20 tahun dan tak tahu tarikh mati Datuk Saudara - Kubur dah lama.
Gua rasa hari ini akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai – Malam Hujung MINGGU. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
HARI JUMAAT YANG BAIK
Mempelam jatuh di pagar berduri
Anak dara memasak putu
Trump buat lawak berdiri
Nak bom Iran ke Zaman Batu
Seterika kecil dilihat ganjil
Simpan boneka di dalam kotak
Amerika dah jadi barua Israel
Askar Amerika mati katak
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Ulasan (Atom)







