INI BERITA
BAIK UNTUK
MENGHASUT
AMIN
MACAM DEMO
DI ALING 1974
AMIN
HARGA MINYAK
NAIK
HARGA BARANG
NAIK
AMIN
HASUT RAKYAT
TURUN KE JALAN
AMIN
TAK TURUN
JALAN RAYA
TAK MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
Harga minyak mentah terus melonjak, WTI cecah AS$113, Brent melepasi AS$110 setong
TOKYO: Harga minyak mentah dibuka lebih tinggi dengan penanda aras Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) meningkat 1.86 peratus kepada AS$113.62 setong, ketika perang di Asia Barat terus menekan bekalan tenaga global.
Minyak mentah Brent Laut Utara turut meningkat pada pembukaan pasaran minggu ini, naik 1.16 peratus kepada AS$110.30 setong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menetapkan tarikh akhir pada Selasa untuk Iran menamatkan perang dan membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz yang kritikal, sambil mengugut dalam hantaran media sosial pada Ahad bahawa beliau akan menyerang loji janakuasa dan jambatan di negara itu jika Iran gagal mematuhinya.
"Selasa akan menjadi Hari Loji Janakuasa, dan Hari Jambatan, semuanya sekali gus, di Iran. Tiada apa yang seumpamanya!!!" tulis Trump di platform Truth Social, sebelum beliau memberitahu Fox News bahawa beliau merasakan terdapat "peluang yang baik" Iran akan bersetuju dengan perjanjian pada Isnin.
Perang itu kini memasuki minggu keenam sejak AS dan Israel mula menyerang Iran pada 28 Februari, telah menjerumuskan Asia Barat ke dalam konflik serta menggoncang ekonomi global.
Iran hampir sepenuhnya menyekat Selat Hormuz, laluan yang dilalui kira-kira 20 peratus minyak dan gas dunia, sekali gus menyebabkan harga petroleum melonjak tinggi. - AFP






