KAH KAH KAH
INI JAWAPAN
PADA TRUMP
YANG KLIM IRAN
DAH LUNYAI
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran dakwa tembak jatuh dua pesawat F-15 AS, usaha kesan juruterbang diteruskan
TEHRAN: Tentera Iran mendakwa menembak jatuh dua pesawat pejuang milik tentera Amerika Syarikat (AS) dengan satu di bahagian barat daya negara itu dan satu lagi berhampiran Selat Hormuz.
Jurucakap markas tentera Iran, Pusat Khatam al-Anbiya, berkata sistem pertahanan udaranya semalam memusnahkan sepenuhnya sebuah jet F-15.
Pada hari sama, tentera Iran berkata, pihaknya kemudian turut menyasarkan sebuah pesawat A-10 milik AS yang terhempas di Teluk.
Namun, nasib sekurang-kurangnya seorang juruterbang daripada kru F-15 yang ditembak jatuh itu masih belum diketahui.
Trump pecat Peguam Negara, gantikan dengan bekas peguam peribadi
Beberapa media AS melaporkan seorang anggota kru sudah ditemui dan diselamatkan pasukan AS, namun seorang lagi masih hilang.
Semalam, Presiden AS, Donald Trump, memberitahu NBC News, insiden pesawat ditembak jatuh itu tidak akan menjejaskan prospek rundingan dengan Tehran.
Media kerajaan Iran menyiarkan gambar serpihan jet F-15 dan apa yang kelihatan seperti kerusi lontar bersama payung terjun.
Selepas pesawat itu ditembak jatuh, Speaker Parlimen Iran, Mohammad-Bagher Ghalibaf menempelak kenyataan berulang Trump yang mendakwa kemenangan dalam perang.
"Selepas menewaskan Iran sebanyak 37 kali berturut-turut, perang tanpa strategi yang 'cemerlang' ini kini diturunkan taraf daripada 'pertukaran rejim' kepada 'Hei! Ada sesiapa boleh cari juruterbang kami? Tolong?'," tulis Ghalibaf dalam satu hantaran di media sosial.
Setakat ini tiada ulasan mengenai insiden itu daripada Pentagon dan Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM) yang menyelia operasi ketenteraan di Asia Barat dan sebahagian besar Asia, berbanding pihak itu sebelum ini bertindak segera menafikan laporan.
Dalam pada itu, Gabenor wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad di Iran berkata, sesiapa yang menahan kru berkenaan 'akan diberikan penghargaan khas' menurut agensi berita separa rasmi Iran, ISNA.
Beberapa ahli politik AS mengakui laporan mengenai pesawat yang ditembak jatuh itu dan menyatakan sokongan kepada tentera AS.
Sejak permulaan perang pada 28 Februari, AS sudah kehilangan tiga jet pejuang F-15 di Kuwait manakala sebuah pesawat pengisian bahan api tentera AS juga terhempas di Iraq bulan lalu, mengorbankan enam kru.
Selain itu, Iran mendakwa telah menembak jatuh puluhan dron AS di negara itu.
Trump dan pegawai kanan beliau berulang kali menegaskan AS telah memusnahkan semua sistem pertahanan udara Iran sejak perang bermula. - AGENSI




