Ahad, 7 November 2021

TERKANG KANG KANGKANG

 


Khairuddin, Nik Abduh kalah pemilihan AJK PAS Pusat

PERWAKILAN PAS yang memilih barisan kepimpinan parti menuju Pilihan Raya Umum ke-15 menolak Mohd Khairuddin Aman Razali, yang didakwa cuba mendalangi gerakan menggantikan Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

Mereka juga tidak memilih Nik Mohamad Abduh Nik Abdullah, tokoh dalam PAS yang dilihat cenderung menganjurkan kerjasama dengan Umno.

Beberapa pemimpin PAS juga gagal mempertahankan kedudukan dalam Jawatankuasa PAS Pusat selepas gagal menempatkan diri dalam kalangan 18 calon yang terpilih. Antara mereka ialah bekas pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan pendakwah Mokhtar Senik.

Keputusan pemilihan AJK PAS Pusat bagi penggal 2021-2023 yang berlangsung semalam diumumkan hari ini oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Nurkhuzaini Ab Rahman di Muktamar Tahunan PAS ke-67 di Kuala Terengganu.

Semalam The Malaysian Insight melaporkan muktamar PAS kali ini menyaksikan pertembungan antara kumpulan pro-Umno dan kelompok pro-Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu pertembungan antara kumpulan pro-Umno yang juga digelar “Geng Ustaz” dan pro-PN itu jelas berlaku sewaktu pemilihan peringkat kawasan bulan lalu.

Kesannya, kumpulan pro-PN yang lebih rapat dengan Hadi menguasai muktamar manakala Geng Ustaz pula jauh ketinggalan.

Sumber turut menjelaskan Geng Ustaz semakin kurang pengaruh ekoran tekanan yang dihadapi Khairuddin, yang dikatakan mengetuai mereka, sejak kebelakangan ini.

Khairuddin tertekan selepas tular satu rakaman audio suara miripnya mengkritik kepimpinan Hadi selaku presiden parti.

Suara itu antara lain membangkitkan kebimbangan mengenai pendirian Hadi dalam isu rundingan kerusi dengan Umno dan Bersatu.

The Malaysian Insight diberitahu rakaman suara yang tular itu antara faktor penolakan perwakilan PAS di kawasan kepada pemimpin parti yang dikaitkan dengan Khairuddin.

Khairuddin adalah juga penyandang setiausaha Majlis Syura Ulama PAS. Pemilihan Dewan Ulama PAS Pusat bagaimanapun ditangguhkan sehingga Disember ini.

Sementara itu, dua timbalan menteri di Putrajaya iaitu Ahmad Marzuk Shaary dan Ahmad Amzad Hasim antara yang berjaya merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat.

Perlembagaan PAS memperuntukkan lima kerusi lantikan ke jawatankuasa pimpinan pusat.

Dalam pada itu, perwakilan PAS mengekalkan tiga naib presiden iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Satu- satunya pencabar setiausaha sulit kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Mohd Zuhdi Marzuki kalah dalam merebut jawatan nombor tiga parti itu. – 7 November, 2021.


BRO

LU INGAT NAK

KANG KANG

SENANG KE ?

KAH KAH KAH

KANG KANG

DUA PEHA

KIRI & KANAN

KAH KAH KAH

KRI UNTUK UMNO

KANAN UNTUK

BERSATU

TENGAH TEGAH

SAPA DAPAT

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: