Jumaat, 2 Februari 2024

PENDATANG HARAM MERUSUH



131 tahanan bolos pecahkan pagar, kawat duri sekeliling depoh
TAPAH: Tiada anggota agensi penguat kuasa, khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), cedera dalam rusuhan yang membawa kepada kejadian 131 tahanan Myanmar melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perak,  Mohd Yusri Hassan Basri, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan dalam insiden berkenaan, pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit memecahkan pagar dan kawat duri di sekeliling kawasan depoh itu untuk melarikan diri, termasuk menuju ke kawasan hutan berhampiran di seberang yang dipisahkan oleh laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya optimis kesemua PATI terbabit akan dapat ditangkap semula memandangkan mereka melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, termasuk tanpa membawa sebarang keperluan diri, makanan, wang dan sebagainya.

"Kita percaya dengan keadaan seperti itu, Insya-Allah bersama usaha semua agensi berkaitan, kita akan dapat menahan mereka semula. Selain anggota biasa, pencarian untuk mengesan mereka juga menggunakan bantuan Unit Udara daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.


"Pencarian kita menjurus kepada radius sekitar kawasan berhampiran depoh ini dahulu. Lebih-lebih lagi, kawasan ini dikelilingi ladang kelapa sawit, manakala kawasan seberang laluan lebuh raya PLUS ini adalah kawasan hutan kecil dan sebagainya," katanya pada sidang media di pekarangan depoh berkenaan, hari ini.

Setakat ini, beliau berkata, sebanyak tujuh sekatan jalan raya (SJR) diadakan dalam operasi yang giat dijalankan untuk menahan semula kesemua tahanan berkenaan.

Katanya, ia membabitkan SJR yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dengan bantuan IPD daerah berdekatan termasuk Kampar, Muallim dan Hilir Perak.

"Insya-Allah, mungkin kita akan menambah lagi SJR mengikut keperluan. Walaupun belum ada tangkapan, setakat ini, kita sudah mendapat beberapa maklumat daripada luar sana untuk mengesan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusri turut memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak sekali-kali menzahirkan perasaan simpati dengan cuba melindungi tahanan yang bolos itu kerana ia adalah kesalahan disebabkan bersubahat.

"Saya menasihati orang ramai supaya tidak bersekongkol atau memberi simpati kepada mereka. Orang ramai juga boleh didakwa sekiranya memberikan kerjasama atau bersubahat dengan mereka.

"Namun setakat ini, kita mengesyaki dan percaya tahanan berkenaan masih berada dalam sekitar kawasan kebun kelapa sawit ini (sekitar depoh) atau masih berada dalam daerah ini (Tapah) lagi," katanya.

Sementara itu, Mohd Yusri menafikan dakwaan tular bahawa 13 daripada tahanan Myanmar yang melarikan itu terbabit nahas sehingga meninggal dunia di KM353 PLUS susulan insiden berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, insiden kemalangan membabitkan tahanan Myanmar yang lolos itu hanya menyebabkan seorang lelaki berusia 30-an meninggal dunia.

Katanya, dakwaan palsu itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

INI SUDAH BERAT

MULA MERUSUH

KEMUDIAN

MENCURI

DAN AKHIRNYA

JADI PEMBUNUH

KHALAS

Tiada ulasan: