Jumaat, 7 Jun 2024

SENJATA DARI BLACKROCK


Senjata AS diguna dalam serangan Israel di sekolah PPB di Gaza


GAZA: Senjata buatan Amerika Syarikat (AS) didakwa digunakan Israel dalam serangan ke atas sekolah al-Sardi, dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Nuseirat, semalam.

Menurut analisis Al Jazeera, ia berdasarkan serpihan senjata yang ditemui di bawah runtuhan sekolah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin.

Antara yang ditemui, unit ukuran inersia daripada peluru berpandu, yang digunakan untuk membantu penyasaran ketepatan dihasilkan oleh Honeywell, sebuah konglomerat AS yang pakar dalam reka bentuk dan penghantaran peranti penderia dan panduan yang digunakan dalam pelbagai senjata tentera.

Unit pengesahan Sanad Al Jazeera mendapati antara serpihan yang ditemui di Nuseirat mempunyai nombor pengilang dan kategori HG1930BA06, yang merujuk kepada syarikat Honeywell. HG1930 merujuk kepada sensor khusus yang dikeluarkan oleh syarikat.

Bahagian sama ditemui selepas pengeboman Israel ke atas sebuah rumah rakyat Palestin di Shujayea, Gaza pada 2014. Kedua-dua bahagian itu, dalam pengeboman terbaharu dan 2014, tertera nombor pengilang sama.

Menurut penganalisis tentera dan politik bebas, Elijah Magnier, beliau melihat nombor lain seperti MFR, HG 1930 dan kemudian BA 06.

"Ini adalah nombor bahagian pengilang yang memberikan butiran lebih khusus mengenai komponen peluru berpandu.

"Sekarang, jika anda melihat pada pengenalan pengeluar, ia adalah format yang digunakan oleh sektor aeroangkasa dan pertahanan di AS yang dikaitkan ke Honeywell.

"Honeywell terkenal dengan pembekalan IMU dalam pelbagai aplikasi ketenteraan khususnya peluru berpandu yang disediakannya kepada Tentera Udara Israel sejak 2000," katanya.

Al Jazeera cuba menghubungi Honeywell untuk mengulas, namun belum menerima jawapan.

Serangan Israel ke atas kemudahan PBB itu menjadi perkara biasa ketika perang Israel ke atas Gaza, yang kini sudah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin.

AS sejak sekian lama dikritik kerana peranannya dalam menyokong Israel terutamanya bekalan senjata yang berterusan.

Kumpulan hak asasi manusia berulang kali mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Israel kini berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa juga memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas tindakan mereka di Gaza.

Pada Mei, laporan kerajaan AS mendapati kemungkinan Israel melanggar undang-undang antarabangsa di Gaza, tetapi tidak dapat mengenal pasti pelanggaran yang akan menamatkan bantuan ketenteraannya yang berterusan.

Presiden AS, Joe Biden turut mengancam untuk menghentikan bekalan beberapa senjata kepada Israel jika sekutunya itu meneruskan operasinya di Rafah, tetapi tidak melaksanakan ancaman itu.

SENJATA DARI

SYARIKAT ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

MALAYSIA ADA

SAHAM DALAM

BLACKROCK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: