Sabtu, 27 Julai 2024

MALAPETAKA IKLIM




MetMalaysia beri amaran, hentikan aktiviti pembakaran terbuka

JABATAN Meteorologi Malaysia menggesa orang ramai untuk menghentikan semua aktiviti pembakaran terbuka bagi mengurangkan risiko jerebu pada musim kering dan kurang hujan.

Ketua pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah memberitahu Kosmo ketika monsun ini, angin bertiup konsisten dari barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan.

“Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Elakkan pembakaran terbuka dan orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya.

Ada kemungkinan cuaca ini akan berlanjutan hingga September dan banyak kawasan akan mengalami hujan berkurangan, katanya.

Bagaimanapun katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutama pada awal pagi.

Menurut laporan Borneo Post, MetMalaysia mengeluarkan amaran gelombang panas tahap 1 untuk Sri Aman dan Bintulu di Sarawak.

Selain itu, beberapa daerah lain di Malaysia turut dikeluarkan amaran tahap 1 iaitu Kuala Krai di Kelantan, Larut dan Matang di Perak dan Kota Marudu di Sabah.

Amaran pertama untuk kedua-dua daerah dikeluarkan pada

Semalam MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di semenanjung.

Katanya, dua kawasan di Perak Larut Matang dan Kuala Kangsar), Gombak, Kuala Krai di Kelantan dan Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin di Pahang dikeluarkan amaran cuaca panas tahap 1. – 27 Julai, 2024.



MUSIM PANAS

MUSIM KERING

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

HASIL KERJA

TANGAN MANUSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: