Isnin, 11 November 2024

LAUTAN SUNDA - WILAYAH PERANG ?



China tegas mempertahankan hak di Laut China Selatan, bantah tuntutan Filipina


BEIJING: China menyatakan bantahan terhadap langkah Filipina menggubal undang-undang untuk menetapkan hak maritim negaranya di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, menandatangani dua undang-undang pada Jumaat untuk menetapkan hak maritim negara itu serta menggariskan laluan laut dan udara bagi 'memperkukuhkan kedaulatan'.

Kementerian Luar China pada Ahad menyatakan bahawa pihaknya 'tegas menentang langkah itu dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu mengikut undang-undang bagi mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara'.

Beijing mendakwa kedaulatan hampir di keseluruhan Laut China Selatan, termasuk kawasan yang turut dituntut oleh Filipina, Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam.

Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague menolak tuntutan meluas China dalam kes yang dibawa oleh Manila, namun China menolak keputusan itu. Amerika Syarikat (AS), sebagai sekutu Filipina, menyokong keputusan mahkamah tersebut.

Dalam kenyataan kementerian itu, China menetapkan asas 'perairan wilayah' di sekitar Beting Scarborough, yang dituntut sebagai wilayahnya dan dipanggil Pulau Huangyan.

Terumbu itu adalah titik utama pertikaian berkaitan hak kedaulatan dan hak menangkap ikan.

China meluluskan beberapa undang-undang domestik berkaitan Laut China Selatan, termasuk undang-undang pengawal pantai pada 2021 yang membenarkannya menahan warga asing yang disyaki menceroboh.

Dengan armada kapal pengawal pantainya, Beijing kerap menuduh kapal-kapal menceroboh kawasan Laut China Selatan yang berada dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara-negara jirannya dan telah kerap berkonflik dengan Filipina dalam tempoh setahun ini.

Pengawal pantai China mengeluarkan kenyataan pada Ahad bahawa Filipina kerap menghantar kapal perang serta pesawat ketenteraan untuk 'menceroboh' perairan dan ruang udara berhampiran Terumbu Scarborough, dan menuduh Manila menggalakkan 'penangkapan ikan haram' di kawasan tersebut.

Pada Ogos sahaja, kedua-dua negara melaporkan enam pertembungan di udara dan laut di laluan perairan yang dipertikaikan itu.

Ketegangan yang semakin memuncak ini berisiko melibatkan AS yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina.

AS berjanji untuk membantu Manila sekiranya berlaku sebarang serangan bersenjata oleh pihak ketiga terhadap tentera Filipina, termasuk anggota pengawal pantai, pesawat atau kapal awam 'di mana-mana sahaja' di Laut China Selatan. - AGENSI

KAWASAN

LAUT SUNDA

MAKIN JADI

HANGAT & TEGANG

AMIN

KITA TENGOK

NANTI APAKAH

DAP DAN CHINA

DI MALAYSIA

AKAN SOKONG

SAPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: