Isnin, 4 November 2024

PRABOWO BUKAN BUDAK AMERIKA ?


Latihan laut bersama Russia isyarat permulaan peralihan dasar luar Indonesia

JAKARTA: Latihan ketenteraan bersama pertama antara Indonesia dengan Russia, minggu ini menunjukkan bahawa Presiden baharu Prabowo Subianto sedang mencari peranan yang lebih besar untuk Jakarta di pentas dunia dan dilihat mampu menjadi pergeseran dasar luar negeri yang ketara, kata penganalisis.

Indonesia telah lama mengekalkan dasar luar yang neutral dan enggan berpihak dalam konflik Russia-Ukraine atau persaingan Amerika Syarikat (AS)-China, tetapi Prabowo menyeru agar hubungan yang lebih erat dengan Moscow meskipun ada tekanan Barat terhadap Jakarta.

"Ia adalah sebahagian daripada agenda yang lebih luas untuk mengeratkan hubungan dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira blok geopolitik mereka, selagi terdapat manfaat untuk Indonesia," kata Pieter Pandie, penyelidik di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Blok ASEAN yang mana Indonesia adalah ahlinya, sebelum ini mengadakan latihan bersama dengan Russia pada tahun 2021, tetapi negara anggota secara individu belum pernah mengadakan latihan bersama dengan Moscow.

Menurut pemantau senjata SIPRI, Jakarta mempunyai hubungan perdagangan bernilai berbilion dolar dengan Moscow, tetapi sejak beberapa kebelakangan ini, import senjata besar-besaran terhenti, apabila sekatan Barat dikenakan terhadap Russia selepas ia merampas Crimea pada tahun 2014 dan menyerang Ukraine pada tahun 2022.

Namun, Prabowo mengekalkan perjanjian pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1.1 bilion (RM4.81 bilion) yang dipersetujui pada tahun 2018 ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, walaupun ada ancaman sekatan daripada AS.

Jakarta juga enggan mengalah apabila negara-negara Barat melobi Indonesia untuk tidak menjemput Russia ke sidang kemuncak G20 yang diadakan di Indonesia pada tahun 2022.

Prabowo bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin di Kremlin pada bulan Julai dan kemudian mengumumkan latihan angkatan laut bersama yang menurut pakar menunjukkan betapa pentingnya peranan Moscow dalam dasar luar yang lebih luas.

Latihan lima hari bermula Isnin di Jawa Timur di mana Moscow akan menghantar tiga kapal perang kelas korvet, satu kapal tangki sederhana, sebuah helikopter tentera, dan sebuah kapal tunda.

"Ia menegaskan bahawa kami tidak akan mengasingkan satu atau dua negara dalam arena geopolitik," kata profesor di Sekolah Diplomasi Lanjutan Paramadina, Anton Aliabbas.

Semasa lawatannya ke Kremlin, Prabowo – yang juga bekas jeneral berusia 73 tahun – berkata, beliau ingin mengeratkan hubungan dengan Russia.

"Kami menganggap Russia sebagai sahabat yang besar dan saya ingin terus mengekalkan dan memperkukuh hubungan ini," kata Prabowo kepada Putin.

Sebelum pelantikannya bulan lalu, Prabowo berkata, beliau ingin membina 'jaringan persahabatan yang kuat' dan untuk tujuan itu, beliau melawat lebih dari sedozen negara termasuk China dan Australia, di mana beliau menandatangani perjanjian keselamatan penting, malah Jakarta turut memulakan proses untuk menyertai kumpulan BRICS ekonomi sedang membangun.

Pemimpin baharu ini sebelum ini diuji di laut, dengan kehadiran kapal pengawal pantai China tiga kali dari perairan yang dituntut oleh Indonesia.

Curie Maharani Savitri berkata, peluang untuk menjadi tuan rumah bagi salah satu angkatan laut paling maju di dunia adalah jelas dan membolehkan 'pembinaan kapasiti' dan untuk Jakarta 'bertukar idea' mengenai penyelenggaraan peralatan Russia yang sudah dimiliki.

Indonesia ketika ini mempunyai kereta kebal amfibia, helikopter, peluru berpandu dan jet pejuang buatan Russia dalam persenjataannya.

Jakarta dan Moscow mempunyai matlamat maritim yang berbeza, dengan Indonesia berdepan ancaman penyeludupan dan lanun manakala Russia mencari sekutu yang bersedia.

Pieter berkata, beliau menjangkakan latihan ini tidak akan serumit latihan tahunan Super Garuda Shield yang Indonesia adakan bersama AS dan sekutu lain.

"Saya fikir ia adalah fasa pengenalan kepada hubungan ketenteraan antara kedua-duanya, terutamanya dalam aspek angkatan laut," katanya.

Namun, latihan ini mungkin akan menimbulkan perhatian Washington, yang berusaha untuk mengasingkan Russia secara diplomatik.

Kedutaan AS di Jakarta bagaimanapun enggan mengulas mengenai latihan itu.

Pieter berkata, untuk Prabowo pula, latihan ini membolehkannya menghantar mesej mengenai dasar baharunya pada awal pemerintahan Presiden.

"Secara sejarah, AS sudah menjadi rakan pilihan untuk latihan ketenteraan. Tetapi… Indonesia juga cuba untuk mempelbagaikan rakan kongsi.

"Dan saya fikir terdapat trend yang lebih besar secara keseluruhan dalam hal itu," katanya. - AFP


SUHARTO 

DINAIKKAN OLEH

AMERIKA UNTUK

LAWAN NASIONALIS

SUKARNO

AMIN

PRABOWO NAK

LARI DARI

AMERIKA?

JENG JENG JENG

KEMBALI PADA

DASAR SUKARNO

KHALAS

Tiada ulasan: