Sabtu, 31 Mei 2025

ISHAM RAIS MEREDAH SEMUA LORONG

 


ISHAM RAIS

MEREDAH

SEMUA LORONG

KHALAS

MELAKA GADUH BEREBUT PASIR


MELAKA

GADUH BEREBUT

PASIR

KHALAS 

AWAS ! AYAH MAK DAN ANAK SEDANG MERANCANG


PH Selangor mahu Amirudin kekal MB

PH Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap Amirudin Shari untuk terus kekal sebagai menteri besar di tengah-tengah spekulasi kemungkinan berlaku rombakan kabinet.

Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin PKR, DAP dan Amanah menegaskan bahawa kepimpinan Amirudin amat diperlukan bagi memperkukuh kerjasama bersama BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Pengalaman dan kepimpinan beliau adalah kunci kepada kesepaduan yang telah dibentuk sehingga membawa kepada kemenangan serta pembentukan Kerajaan Perpaduan di Selangor pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Selaku seorang pentadbir yang berpengalaman, kami juga berpandangan khidmat Amirudin Shari turut diperlukan di Selangor bagi membantu memastikan Selangor terus kekal menjadi gedung ekonomi negara, sekali gus menjayakan agenda Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Borhan Aman Shah; Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han, dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

Sokongan ini dinyatakan di tengah-tengah spekulasi bahawa Amirudin akan mengisi jawatan di peringkat persekutuan, susulan tindakan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan daripada kabinet.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi dengan tindakan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keluar Umno untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, Amirudin semalam menepis khabar angin dia akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.

Dalam pemilihan PKR baru-baru ini, Amirudin berjaya meraih undi tertinggi dalam kalangan empat naib presiden yang dipilih.

Namun Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan hasrat untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal pada 2028, dengan merujuk titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu perpaduan dan kestabilan di negeri itu dikekalkan.

AWAS !!!

PKR SELANGOR

AMIN

AYAH MAK ANAK

SEDANG

MERANCANG

KAH KAH KAH

KHALAS

PEMUDA UMNO MARAH - APA TINDAKAN ?


PEMUDA UMNO

MARAH 

AMIN

APA TINDAKAN

MARAH SAJE

TAK GUNA

KHALAS

Unknown commented on 
"PEMUDA UMNO MARAH !!!"

hang dah x kuat tumpang masuk dlm madani marah tak marah sama saja hang keluar madani hg pun parah boleh bungkus & ramai leh kluar cari tapak mcm dia kah ha ha hi hi hu

ZAKAR SHI DARI GEROMBOLAN MARAH !!!



Puad mahu Umno tegur Anwar, beri amaran pada PKR
Seorang pemimpin kanan Umno mendesak agar parti itu menegur Anwar Ibrahim jika PKR akhirnya menerima permohonan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai keluarga mereka selepas ini.

Menurut Mohd Puad Zarkashi, dia sudah membuat keputusan untuk membangkitkan isu berkenaan apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bermesyuarat nanti.

Kata Mohd Puad, dia yakin ada perbincangan secara diam-diam dijalankan di antara Tengku Zafrul dengan PKR sebelum senator terbabit mengumumkan langkahnya meninggalkan Umno.

“Umno mesti menegur Presiden PKR (Anwar) jika permohonan Tengku Zafrul diterima. Tidak memadai dengan kenyataan Umno rasa kesal saja.

“Mesti (sudah) ada perbincangan awal secara sulit yang menjadi punca Tengku Zafrul menyertai PKR. Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ia dibuat susulan pengumuman dibuat Tengku Zafrul untuk meninggalkan Umno dan memohon menyertai PKR.

Tengku Zafrul – yang sebelum ini lebih dikenali sebagai tokoh perbankan – pernah dilantik sebagai salah seorang ahli MKT. Dia juga pernah diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari Umno Selangor.

Dalam kenyataan dibuat melalui media sosial malam tadi, Tengku Zafrul berkata, dia mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan tersebut.

Seorang daripada mereka ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh pula hari ini memaklumkan parti itu belum menerima permohonan Tengku Zafrul secara rasmi, namun memberi jaminan proses kelulusan yang diambil adalah sama seperti mana-mana individu yang ingin menjadi ahli mereka.

Fuziah juga berkata, PKR akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk parti rakan dalam kerajaan sebelum membuat keputusan lanjut berhubung status Tengku Zafrul.

Mohd Puad berkata PKR mesti beri amaran atau insiden seperti “tikam belakang” akan berlaku lagi.

“Jangan salahkan Umno jika ahli ahli parti hilang kepercayaan terhadap perdana menteri. Kerjasama kerajaan perpaduan akan rosak binasa,” katanya.

Dia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor turut membangkitkan persoalan sama ada Umno akan membuat tuntutan RM100 juta kepada Tengku Zafrul atau sebaliknya.

“Saya akan mendesak Umno semak balik aku janji semasa Zafrul menjadi calon BN di PRU ke-15.

“Apakah Tengku Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti?” katanya.

KAH KAH KAH

WOIT

ZAKAR SHI

MARAH

KAH KAH KAH

LU BOLEH BUAT

APA

KAH KAH KAH

KHALAS 

HAMAS TERUS BANGUN MELAWAN !!!


HAMAS

TERUS BANGUN

MELAWAN

AMIN 

JEMPUTAN ESOK - PETANG AHAD


JEMPUTAN ESOK

PETANG  AHAD

PESTA BUKU



APA JADI DENGAN KES PEGAWAI SAIFUDDIN NASUTION ?



APA JADI DENGAN

KES PEGAWAI

SAIFUDDIN 

NASUTION?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS 

ANWAR BLACKROCK REMBAT ZAFRUL - GEROMBOLAN MARAH !


ANWAR BLACKROCK

REMBAT ZAFRUL

GEROMBOLAN 

MARAH !

KHALAS 

NAFSU DARI LUBANG KE LUBANG


NAFSU DARI

LUBANG 

KE LUBANG

AMIN


Unknown commented on 
"PERCUBAAN MEROGOL?"

Lagi di halang lagi niat bertambah nafsu berkobar-kobar modal tetap sama, bermula di lubang berakhir di lubang kah kah kah



 

PEMUDA UMNO MARAH !!!



Zafrul patut letak jawatan menteri juga, kata Akmal
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Tengku Zafrul Abdul Aziz seharusnya turut melepaskan jawatan menterinya selepas membuat keputusan untuk keluar daripada Umno untuk menyertai PKR.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal berkata ahli Umno “terlalu gembira” dengan langkah Zafrul tersebut, dan menyatakan dia pada asalnya menyertai parti itu tanpa diundang.

“(Zafrul) sepatutnya letak jawatan menteri sekali.

“Dan kepada PKR, semoga boleh menerima permohonan masuk Tengku Zafrul dan ia boleh menjadi bukti betapa ‘setianya’ persahabatan antara Umno dan PKR.

“Orang Umno terlalu gembira dengan berita ini. Datang tak diundang, pergi pun tak dikesali,” kata Akmal.

Zafrul yang merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini memaklumkan dia telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Umno dan menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.

Zafrul yang merupakan seorang senator berkata keputusan itu tidak dibuat dengan mudah dan dia telah mendapatkan pandangan serta nasihat daripada rakan-rakan di luar mahupun dalam Umno, termasuk presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

“Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan Umno. 

“Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua Umno Kota Raja dan ahli Umno,” katanya.

Dia berkata ia bukan keputusan yang mudah memandangkan dia telah menjadi ahli Umno sejak 1997.

Zafrul turut memaklumkan dia telah menyampaikan hasratnya untuk menyertai PKR kepada presiden parti itu, Anwar Ibrahim dan setiausaha agungnya, Fuziah Salleh.

Khabar angin rombakan kabinet

Perkembangan ini berlaku di tengah spekulasi baharu mengenai rombakan kabinet, selepas dua menteri daripada PKR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad – meletakkan jawatan mereka.

Spekulasi mengenai rombakan kabinet turut timbul berikutan pemilihan DAP dan PKR yang telah dilaksanakan pada tahun ini.

Ini kerana tempoh jawatan Zafrul sebagai senator tamat pada pertengahan Disember setelah berkhidmat selama dua penggal, iaitu tempoh maksimum untuk seseorang menjadi senator.

Pada Disember lalu, Anwar mengesahkan ada perbincangan dalam PKR berkenaan hasrat Zafrul untuk menyertai parti itu. 

Namun, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tidak akan membenarkan amalan lompat parti dalam kalangan anggota kerajaan perpaduan.

Pada 10 Februari, Zafrul berkata dia akan berbincang terlebih dahulu dengan Zahid sebelum membuat keputusan. Ketika itu, Zahid menasihatinya agar tidak terburu-buru meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Selepas itu, Zafrul menyatakan komitmennya terhadap Umno dan menegaskan fokusnya ketika itu adalah tugasnya sebagai menteri

WOIT

PEMUDA UMNO

MARAH

KAH KAH KAH

BARU SEKARANG

SEDAR SAPA

MAT MOHONG

KAH KAH KAH

KHALAS 

ESOK PETANG DI PESTA BUKU



AHAD 1 JUN 2025

ESOK PETANG

JAM 4.00 PETANG

JUMPA DI PESTA BUKU

WORLD TRADE CENTER

JAM 4.00 PETANG 
GUA AKAN BERADA 
DI RERUAI 6-50 KAWAH BUKU
PESTA BUKU WTC
MEMBINCANGKAN BUKU
PERSOALAN NASIONAL

JUGA BOLEH BELI BUKU
 DAN GUA BOLEH 
TANDA TANGAN. AMIN



Boleh dibeli di booth Kawah Buku

Reruai 6-50, Dewan Tun Abdul Razak 3
World Trade Centre KL

23 Mei - 1 Jun

SAIFUDDIN DI KETEPIKAN ?



SAIFUDDIN

PALING SETIA

KENAPA 

DIKETEPIKAN

KHALAS 


Unknown commented on 
"MENTERI TAK BACA 
BUKU YANG DI HARAM"

Dia tak menang pun, maksud tidak layak pertama, kedua apa kelayakan asal usul? Bodek ikut cium jilat? Ramai sekarang monopoli semuanya kerana memiliki sifat-sifat macam dia kah kah kah, pertama kena buka pintu cium tangan tadah tangan doa ikut selalu bontot sembang manis tebu makan minum selalu diatur mesra 

lain tahap akhirnya dapat jua apa saja keinginan hati samada jawatan pangkat pingat emas pertama kah kah kah tepuk dada tanya selera masing-masing siapa sanggup boleh diteruskan amin

MEMAHAMI KES SERANGAN SEKSUAL ANWAR IBRAHIM



MEMAHAMI KES

SERANGAN

SEKSUAL

ANWAR IBRAHIM

AMIN 

NAK KEBAL WAJIB MINUM MUNTAH HANTU - PANDANGAN PEGUAM




Peguam ulas permohonan imuniti luar biasa Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan luar biasa untuk mendapatkan imuniti undang-undang daripada saman sivil, yang mencetuskan perdebatan mengenai sama ada Perlembagaan Persekutuan membenarkan perkara itu.

Beberapa peguam terkemuka menyatakan bahawa Perlembagaan hanya memberikan kekebalan kepada Yang di-Pertuan Agong dan sultan, bukan kepada Perdana Menteri.

Peguam Lim Wei Jiet berkata ini adalah kes pertama seumpamanya di Malaysia dan artikel yang dirujuk oleh peguam Anwar (Artikel 39, 40 dan 43) sebenarnya tidak menyebut soal kekebalan, tetapi hanya mengenai kuasa eksekutif dan Kabinet.

"Saya rasa, pertama sekali, konsep bahawa perdana menteri Malaysia mempunyai sebarang bentuk imuniti undang-undang terhadap saman sivil atau jenayah adalah sesuatu yang belum diputuskan oleh mahkamah di Malaysia.

"Malah, perlembagaan hanya menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan sultan mempunyai tahap imuniti tertentu. Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan sebarang imuniti kepada mana-mana individu lain, termasuk perdana menteri.

"Jadi saya tidak pasti atas asas apa peguam perdana menteri mengemukakan persoalan undang-undang ini kepada Mahkamah Persekutuan dengan bersandarkan kepada Perkara 39, 40 dan 43 kerana perkara-perkara tersebut tidak menyentuh isu imuniti. Ia hanya memperkatakan tentang kuasa eksekutif dan Kabinet secara umum," kata Lim.

Lapan persoalan perlembagaan

Free Malaysia Today melaporkan Anwar minggu lalu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Anwar sedang memohon keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan sama ada Artikel 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan dia kekebalan bersyarat terhadap tindakan undang-undang yang dikemukakan Yusoff empat tahun lalu.

Laporan itu juga menyebut bahawa saman sivil tersebut berkaitan dengan insiden yang didakwa berlaku sebelum Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Tiada asas undang-undang

Peguam litigasi, A Surendra Ananth berkata, tiada asas undang-undang bagi permohonan tersebut.

“Peruntukan Perlembagaan yang dirujuk sama sekali tidak memberikan sebarang bentuk kekebalan kepada perdana menteri atau mana-mana anggota eksekutif. Sebaliknya, Perkara 8(1) menyatakan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Ini termasuk perdana menteri.

“Tambahan pula, Perkara 5 dan 8 juga menjamin akses kepada keadilan. Seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tony Pua, perdana menteri juga boleh disaman atas kesalahan salah guna kuasa dalam jawatan awam.

“Malah apabila bercakap tentang kekebalan, ia lazimnya hanya terpakai kepada tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasmi, dan ini bukan kes sedemikian,” kata Surendra.

Pua, yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, memfailkan saman pada Januari 2017 terhadap Najib Razak dan kerajaan ketika itu atas dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu telah menyalahgunakan jawatan awam dan menerima manfaat kewangan daripada 1MDB.

Sistem Perundangan Amerika

Peguam Shafee Abdullah dalam satu sidang media hari ini berkata Anwar mungkin merujuk sistem perundangan Amerika Syarikat, yang memberikan kekebalan kepada presiden semasa memegang jawatan.

“Salah satu hujah ialah mengatakan bahawa perbicaraan tidak boleh diteruskan selagi saya masih menjawat jawatan perdana menteri. Selepas saya tidak lagi memegang jawatan, barulah ia boleh dimulakan semula. Alternatif lain pula, katanya, adalah menggugurkan kes itu terus.

“Jadi hujah itu berdasarkan perkara ini. Komen saya mudah sahaja: sistem kita tidak pernah mengiktiraf prinsip itu, dan itu sahaja yang boleh saya nyatakan, kerana jika saya ulas lebih lanjut, saya akan masuk ke dalam merit kes,” katanya kepada wartawan.

Dia mengulas perkara tersebut selepas bercakap mengenai prosiding penghinaan mahkamah yang difailkan oleh anak guamnya, Najib Razak, terhadap bekas Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh.

Kes itu berkaitan tindakan Ahmad pada tahun 2024 yang enggan mendedahkan di mahkamah kewujudan satu titah adendum yang mengarahkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya selama enam tahun di bawah tahanan rumah.

“Apa yang Anwar mohon... kita perlu faham permohonan itu dalam konteks sebenar. Beliau berkata ya, dakwaan terhadapnya berlaku sebelum beliau menjadi perdana menteri.

“Perkara yang kononnya berlaku itu, katanya, tidak relevan. Yang relevan adalah apabila perbicaraan hendak dimulakan, ketika beliau sudahpun menjadi perdana menteri.

“Ini adalah konsep di Amerika, di mana seorang presiden yang sedang menjawat jawatan tidak boleh diganggu oleh prosiding terhadapnya yang berjalan semasa tempoh pemerintahannya kerana ia boleh mengganggu serius urusan pentadbiran negara,” kata Shafee.

WOIT

KEBAL KEBAL

KEBAL

AMIN

IKUT CARA 

BADANG MINUM

MUNTAH HANTU

BUKAN MINUM

AIR DUIT YUSOF

AMIN