Isnin, 23 Februari 2026

DAHI SAPA LEBIH HITAM


PERTARUNGAN

DAHI SAPA

LEBIH ITAM

KAH KAH KAH

ISLAM ISIS LAWAN

ISLAM  ALQEADA

AMIN

SAPA LEBIH ISLAM

DARI MAT SELAM

KAH KAH KAH

KHALAS


ISIS gesa anggotanya menentang kerajaan baharu Syria

BEIRUT: ISIS semalam menggesa pejuangnya menentang pihak berkuasa baharu Syria, sekali gus menandakan kebangkitan semula kumpulan militan itu.

Gesaan itu dibuat oleh jurucakapnya, Abu Huzaifa al-Ansari, menerusi mesej audio yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Dalam rakaman dimuat naik dalam talian, dia berkata anggota ISIS di Syria mesti memerangi rejim Syria yang baharu, kerajaan sekular dan tentera kebangsaannya, dengan menjadikan perjuangan itu sebagai keutamaan.

Kali terakhir Abu Huzaifa menyiarkan mesej audio adalah pada Januari 2024, apabila beliau menggesa penyokong ISIS membunuh orang Yahudi di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel di Gaza.

Sejak menyingkirkan pemerintah lama Bashar al-Assad pada Disember 2024, pihak berkuasa baharu Syria yang sebelum ini mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda berusaha memutuskan hubungan dengan masa lalu radikal mereka dan menampilkan imej lebih sederhana.

Tahun lalu, Syria menyertai pakatan pimpinan Amerika Syarikat (AS) menentang ISIS dan menyelaraskan serangan terhadap saki-baki kumpulan itu di negara berkenaan.


IS pernah menguasai wilayah luas di Syria dan Iraq pada 2014, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan memaksa wanita serta kanak-kanak perempuan menjadi hamba seks.

Dengan sokongan pasukan pimpinan AS, Iraq mengisytiharkan kekalahan IS pada 2017, diikuti kekalahan kumpulan itu di Syria kepada pasukan pimpinan Kurdi, dua tahun kemudian.

Bulan lalu, tentera Syria mara menentang pasukan Kurdi, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai nasib tahanan ISIS di bawah pentadbiran Kurdi.

Di tengah kebimbangan berterusan terhadap keselamatan, Washington memindahkan lebih 5,700 tahanan ISIS dari Syria ke penjara di Iraq.

Sebuah kem yang sebelum ini menempatkan ahli keluarga pejuang IS kini sudah dikosongkan.

Kebanyakan penghuninya sama ada meninggalkan kem berkenaan atau dipindahkan ke lokasi baharu oleh pihak berkuasa Syria. - AFP



Tiada ulasan: