INI KES PKR
KENCINGKAN DAP
ATAU DAP
BUAT TEATER
KAH KAH KAH
DAP WAJIB TIBAI
AZAM BIN BAKI
KALAU TIDAK
HILANG PENYOKONG
KAH KAH KAH
MAKA BUAT
PERSEMBAHAN
TEATER
AMIN
TIMBUL KAN KES
AZAM BIN BAKI
DALAM PARLIMEN
KAH KAH KAH
KHALAS
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak permohonan usul dibawa ahli parlimen kerajaan membincangkan isu pemilikan saham Azam Baki dalam dua syarikat senarai awam.
Johari berkata dia memutuskan untuk menolak usul yang dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) memandangkan kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut.
Kata Johari selepas menerima usul berkenaan pada 12 Feb lalu, dia meneliti isu yang dibawa dan mendapati kerajaan sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan.
“Oleh kerana sudah ada jawatankuasa khas dan siasatan sedang dijalankan, saya terpaksa menolak ini,” katanya.
Terdahulu Ramkarpal bangkit untuk bertanya mengenai status usulnya.
Mendengar ketupusan Johari, Ramkarpal berkata usul tersebut sepatutnya boleh diterima dan dibahaskan walaupun siasatan ke atas Azam sedang dilakukan oleh jawatankuasa khas berkenaan.
Malah, bekas timbalan menteri itu berpendapat ada keperluan mendesak agar isu terkait pegawai tertinggi agensi antirasuah itu dibahaskan.
“Pada pandangan saya, walaupun ada jawatankuasa yang menjalankan siasatan, ia tidak menghalang dewan ini membincangkannya.
“Ia merupakan suatu isu yang mendapat perhatian utama dan perlu dibincangkan dengan segera kerana melibatkan ketua SPRM.
“Sebab itu saya kemukakn usul secepat mungkin,” katanya.
Pun begitu Johari berpendapat jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan perlu dibiar ruang untuk menjalankan siasatan mereka.
Johari juga memberi bayangan bahawa isu tersebut mungkin diterima untuk dibahaskan selepas siasatan selesai.
“Disebabkan jawatankuasa khas telah ditubuhkan – macam kes-kes lain sebelum ini – kita beri ruang untuk mereka siasat.
“Apa juga keputusan yang diperlehi nanti, mungkin setelah dapat keputusan yang dicapai jawatankuasa tersebut, mungkin saya akan benarkan perbahasan,” katanya.
Usul itu dikemukakan Ramkarpal ketika tekanan semakin meningkat terhadap kerajaan untuk menyiasat Azam yang sebelum ini memegang saham yang besar dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partner Bhd serta Awanbiru Technology Bhd.
Walaupun tidak diketahui berapa yang dibayar Azam untuk memiliki saham tersebut, kadar paling rendah untuk saham Velocity Capital pada tahun lalu ialah RM0.015 seunit.
Ia bermakna pegangan ketua SPRM itu mungkin bernilai sekurang-kurangnya RM265,500.
Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan setakat 13 Jan lalu Azam memegang lebih sedikit daripada 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology, yang mewakili 1.08 peratus pegangan.
Saham-saham tersebut dinilai pada RM0.305 setiap satu pada 13 Jan, menjadikan pegangan Azam hampir RM1.38 juta pada masa itu.
Berikutan laporan mengenai perkara itu oleh Malaysiakini dan Bloomberg, Azam mendakwa dia sudah mengisytiharkan pegangan sahamnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Tanpa membincangkan ketidakpatuhannya terhadap had RM100,000 setiap syarikat untuk penjawat awam, Azam juga berkata dia telah melupuskan portfolionya menjelang Julai tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar pelupusan itu dibuat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan