PALAT
MAK KAU
AWAL DULU
MASA KENA NGAP
NAMA DI SOROK
MUKA DI TUTUP
SEKARANG NAK
SOROK KAT MANA?
AMIN
PAKAR EKONOMI
ISLAM KE
JAGUH ISLAM KE
DAPAT ANUGERAH
ISLAM KE
KALAU KAKI REMBAT
TETAP MEREMBAT
KHALAS
Tokoh kewangan Islam, TAN SRI DAUD BAKAR dituduh bersubahat dalam urus niaga sekuriti tanpa lesen
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dakwaan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.
Tan Sri Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini, tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan hadapan Hakim Norma Ismail.
"Faham saya mohon dibicarakan Yang Arif," katanya.
Tan Sri Mohd Daud didakwa selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, bersubahat dengan AUF MBZ apabila AUF MBZ menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.
Ia sedangkan AUF MBZ bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan berdaftar bagi aktiviti terkawal, iaitu berniaga dalam sekuriti, di mana kesalahan AUF MBZ dilakukan akibat persubahatan Energy Eco.
Tan Sri Mohd Daud dengan itu sebagai wakil Energy Eco ketika berlakunya kesalahan berkenaan, disifatkan melakukan kesalahan terbabit.
Ia didakwa melakukan kesalahan itu, di C6-1, Jalan Reef ½, Pusat Perniagaan Reef, Rawang, dalam Daerah Gombak, antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama perenggan 370(c) dan Seksyen 367(1) Aktasama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 58(4), akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Shoba Venu Gobal kepada mahkamah, pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Beliau berkata, kesalahan berkenaan adalah berat dan serius jika dikira mengikut hukuman, dengan itu mencadangkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin, pasport hendaklah diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor sebulan sekali di pejabat SC terdekat.
Bagaimanapun, peguam Mohd Haziq Razali memohon supaya jaminan dikurangkan RM50,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dari tahun 2024.
Mahkamah kemudian membenarkan Tan Sri Mohd Daud diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 10 April ini untuk untuk sebutan kes.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan