PN BOLEH
JADI KERAJAAN
AMIN
RAKYAT MAHU PN
JAGA KERJA
JAGA MAKANAN
JAGA RUMAH
JAGA SEKOLAH
JAGA HOSPITAL
AMIN
BUKAN JAGA
BURIT DAN KOTE
RAKYAT
KHALAS
Tempoh enam bulan pertama tentukan kredibiliti Dr Sam sebagai Pengerusi baharu PN
KUALA LUMPUR: Tempoh tiga hingga enam bulan pertama kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) bakal mencerminkan sama ada beliau mampu menonjol dan memperkukuh gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Datuk Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun Menteri Besar Terengganu itu dianggap sebagai seorang teknokrat PAS, beliau masih dilihat sebagai pemimpin peringkat negeri dan belum menyerlah di peringkat nasional.
"Dari segi prestasi di Terengganu, saya tidak nampak pencapaian yang menonjol. Selain itu, beliau dilantik sebagai Pengerusi PN ketika gabungan itu bukan kerajaan.
"Tugasan beliau lebih mencabar kerana perlu berkomunikasi dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, Majlis Tertinggi PN sebulat suara bersetuju melantik Ahmad Samsuri, yang juga Ahli Parlimen Kemaman, menggantikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 1 Januari lalu.
Awang Azman menyifatkan pelantikan itu sebagai keputusan kompromi yang diterima semua parti dalam gabungan, ditambah dengan peribadi Ahmad Samsuri yang dilihat tidak terlalu ideologikal.
"PAS akhirnya mengetuai PN, selari dengan kedudukannya sebagai parti yang memiliki kerusi paling banyak dan dominan.
"Pemilihan Ahmad Samsuri sesuai kerana beliau tidak terlalu ideologikal dan tiada kontroversi, menjadikannya calon diterima semua pihak," katanya.
Namun, beliau berkata, pemimpin itu masih berdepan cabaran besar untuk membina profil nasional dan menangani isu penerimaan dalam PAS, termasuk kebimbangan segelintir pihak mengenai kepimpinan bukan ulama.
Dalam perkembangan berkaitan, Awang Azman mencadangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan sebagai calon sesuai menyandang jawatan Ketua Pembangkang.
Jawatan itu di Dewan Rakyat kini disandang bekas Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.
"Takiyuddin mempunyai pengalaman luas, termasuk pernah menjadi Menteri Undang-Undang, seorang peguam dan dikenali lantang serta diterima pelbagai pihak dalam PN," katanya.
Sementara itu, pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata pelantikan Ahmad Samsuri adalah langkah berani gabungan itu menampilkan muka baharu yang berpotensi menjadi calon Perdana Menteri.
"Kini rakyat mempunyai pilihan pemimpin baharu yang lebih segar dan bertenaga berbanding generasi lama seperti Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang.
"Pelantikan Ahmad Samsuri dijangka mengukuhkan PN dan menarik pengundi muda serta golongan neutral," katanya.
Beliau berkata, kejayaan Ahmad Samsuri menerajui Terengganu walaupun berdepan tekanan dan isu royalti dilihat sebagai kekuatan, manakala latar belakang akademik dan kejuruteraan beliau meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan masa depan.
Dalam pada itu, Muhammad Fathi berpandangan, sekiranya Ahmad Samsuri dipilih sebagai ketua pembangkang, beliau wajar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peranan itu dan jawatan Pengerusi PN di peringkat nasional.
Beliau menegaskan, langkah itu lebih wajar berbanding mengekalkan jawatan Menteri Besar Terengganu, bagi memastikan fokus maksimum menjelang PRU akan datang.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan