ALAM MULA
BERUCAP
AMIN
UMAT MANUSIA
JANGAN CUBA
MENUNDUKKAN
ALAM
KHALAS
Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Sabah, gempa terkuat di Malaysia setakat ini
KOTA KINABALU: Gempa bumi kuat magnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.
Ini merupakan gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan berhampiran Malaysia sejak gempa bumi bermagnitud 6.6 di Lahad Datu pada 1923.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer (km).
"Pusat gempa bumi berada pada jarak 49 km ke Barat dari Kudat, Sabah.
"Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan," menurut kenyataan itu.
Malaysia merekodkan kurang daripada lima gempa bumi melebihi magnitud 6 dengan semuanya berlaku di Sabah, termasuk kejadian bermagnitud 6.0 di Ranau pada 4 Jun 2015, yang mengorbankan 18 nyawa dan menyebabkan 11 lagi cedera akibat runtuhan batu di Gunung Kinabalu.
MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.
Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.
Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan beberapa daerah lain di Pantai Barat, selain turut dirasai di beberapa kawasan di Sarawak.
Di Kepayan dekat sini, seorang penduduk Petrus Bius berkata, ketika kejadian dia sedang berehat sebelum tiba-tiba terasa rumahnya bergegar.
"Saya masa itu sedang berehat, tiba-tiba rasa gegaran dalam 10 saat macam itu. Memang jelas terasa," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan, kebanyakan penghuni yang merasai gegaran bertindak keluar dari kediaman masing-masing dan berkumpul di dewan sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, terdapat juga beberapa penghuni yang mengambil keputusan meninggalkan kawasan berkenaan dengan menaiki kenderaan bersama ahli keluarga bagi memastikan keselamatan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang kes tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa itu.
"Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.
"Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya.
Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan beberapa daerah lain di Pantai Barat, selain turut dirasai di beberapa kawasan di Sarawak.
Anggota bomba menjalankan rondaan dan pemantauan di Kudat susulan gempa bumi di perairan Kota Kinabalu, tengah malam tadi. - Foto ihsan bomba


Tiada ulasan:
Catat Ulasan