TIBI DAH HAPUS
MUNCUL KEMBALI
DIBAWA OLEH
PENDATANG HARAM
AMIN
DATANG DENGAN
HALAL ADA SURAT KESIHATAN
AMIN
MASUK HALAL
SEHAT BAIK
TAK KENA BURU
KHALAS
Cubaan larikan diri gagal, 41 warga asing diberkas
JOHOR BAHRU – Ops Sapu yang menggempur sebuah premis perniagaan dua tingkat di Skudai di sini malam tadi mengakibatkan beberapa pekerja warga asing bertempiaran menyelamatkan diri.
Menerusi serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor pukul 11 malam itu yang melibatkan 30 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Johor, semuanya berjaya diberkas.
Pengarah JIM Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang dilaksanakan secara mengejut itu menyaksikan anggota penguat kuasa memasuki premis perniagaan dua tingkat itu bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh.
“Ketika serbuan dijalankan pendatang asing tanpa izin (PATI) sedang berehat di tingkat atas premis perniagaan yang dijadikan sebagai tempat tinggal.
“Ada yang cuba mengelak daripada pemeriksaan dengan melarikan diri serta bersembunyi di dalam bilik namun berjaya diberkas,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 41 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dewasa warganegara Indonesia, 19 lelaki dewasa Myanmar, 11 wanita dewasa Myanmar dan empat wanita dewasa Indonesia berumur antara 16 tahun hingga 49 tahun.
Hasil pemeriksaan mendapati warga asing tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Semua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini untuk siasatan lanjut dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang, katanya.
“Operasi ini memfokuskan pemeriksaan ke atas premis perniagaan, kawasan tumpuan warga asing dan lokasi berisiko tinggi dan dilakukan hasil risikan dan pemantauan berterusan di kawasan tersebut,” ujarnya.
Selaras dengan aspirasi kerajaan Madani katnya, JIM Johor tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” tambahnya. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan