JIKA DR SAM
MEMIMPIN PN
BERMAKNA PAS
DAH BERALIH
KE GARIS POLITIK
TENGAH
AMIN
PAS BUKAN LAGI
PARTI KAMPONG
PAK LEBAI
AMIN
PAS JADI
KERAJAAN GARIS
ISLAM PROGRESIF
KHALAS
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan pendirian untuk sentiasa akur, patuh dan setia terhadap setiap keputusan kepimpinan parti itu.
Kata Menteri Besar Terengganu itu, ini termasuk sekiranya dilantik sebagai pengerusi PN yang baru, bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan tersebut pada 1 Januari lepas.
“Saya tidak tahu (nama dicalonkan sebagai pengganti Muhyiidn) dan saya bukan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi PN. Jadi, saya tak tahu.
“Namun (sekiranya dilantik)…Saya orang parti, jadi apa saja keputusan parti saya akan akur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.
PN hingga kini masih bergelut untuk memuktamadkan kedudukan ketua gabungan parti pembangkang itu selepas Muhyiddin membuat kenyataan berundur dari jawatan pengerusi.
Media pada awal Januari turut melaporkan foto pertemuan Muhyiddin bersama Ahmad Samsuri yang disertakan dengan status 'Alhamdulillah, insya-Allah' menguatkan lagi spekulasi mengaitkan Menteri Besar Terengganu itu antara calon tersenarai bagi jawatan Pengerusi PN.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebelum ini juga dilaporkan berkata parti itu sudah mempunyai calon sebagai pengerusi PN yang akan datang, tetapi menekankan keputusan muktamad akan dibuat oleh majlis tertinggi selaras dengan perlembagaan gabungan itu.
Dia memaklumkan yang calon tersebut ialah seorang anggota Parlimen dan pemimpin kanan PAS.
Katanya, PN berhasrat mengadakan mesyuarat majlis tertinggi tidak lama lagi, dengan kehadiran semua empat presiden parti komponen, untuk membincangkan pelantikan pengerusi baru.
Timbalan setiausaha agung PN itu juga berkata surat jemputan telah dihantar kepada presiden parti komponen, yang dijangka diadakan selepas 20 Februari.
Sebelum ini, bekas setiausaha peribadi utama Muhyiddin, Marzuki Mohamad, memaklumkan bahawa Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) membantah jawatan tertinggi PN itu dipegang oleh PAS.
Mesti diterima empat parti komponen - Dominic
Sementara itu, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Dominic Lau berkata partinya mempunyai kriteria tersendiri dalam menyokong calon pengerusi PN.
Menurutnya, individu yang bakal dipilih mesti diterima oleh keempat-empat parti komponen gabungan itu serta mendapat sokongan semua lapisan rakyat Malaysia.
Katanya, hal ini penting kerana calon pengerusi PN berkemungkinan menjadi calon perdana menteri dan “poster boy” gabungan berkenaan.
“Gerakan kita ada ciri-ciri (calon pengerusi PN) yang kita nak sokong dan seperti yang kita katakan sebelum ini pemimpin terbabit mestilah yang boleh diterima oleh keempat-empat parti dan juga terutama sekali dia boleh diterima oleh semua lapisan rakyat Malaysia.
“Kerana calon pengerusi PN berkemungkinan akan jadi calon PM, dan juga poster boy untuk PN.
“Kita percaya kita boleh selesaikan kerana matlamat kita satu saja kita nak menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang,” katanya.
Katanya, kepimpinan PN memahami keperluan untuk segera menyelesaikan perkara tersebut demi mengelakkan sebarang keresahan dalam kalangan rakyat.
“Kita pun tak nak susahkan rakyat lagi dan pemimpin PN pun faham perkara itu jadi kita akan segera selesaikan,” tambahnya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan