PAGI INI
PAGI INI
17 FEBUARI 2025
GONG HE FAT CHAI
TAHUN BARU CHINA
Kuala Lumpur sedikit lengang – semua balik kampung sambut Hari Raya. Gua baca seminggu ini di Tanah Besar China berjuta umat bergerak BALIK KAMPUNG.
Budaya Balik Kampung ada berada di banyak negara – kota-kota besar di himpuni oleh pekerja dari KAMPUNG luar bandar – bila Hari Raya semua bergerak ke kampung.
Tapi pengalaman gua di EROPAH tak ada budaya balik kampung pada Hari Krismas - house mate gua dari Plymouth bila KRISMAS sampai dia tak balik kampung - sebenar ada juga yang balik kampung tapi sistem kekeluargaan di Eropah tak macam kita disini.
Tiap tahun Gua Balik Kampung bila Raya - ini tradisi – walau pun kini Rumah Pesaka – dah kosong – gua tak tahu di mana nak berHarimau Raya tahun ini. Kah kah kah. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan lebat dan lama. Lopak-lopak air di jalan. Rumput basah. Matahari tak kelihatan. Langit kelam ada awan hitam. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Bangunan 118 setengah hilang di tutupi awan.
Belum masuk ke Hokkien lagi gua dah dengar suara How Wow – tak henti henti. Gua terserempak dengan satu kumpulan – tak ramai- Pipit Uban – rumput dah mula panjang.
Hairan – selalunya Hari Raya China panas – wow – ini tanda perubahan iklim.
Awalnya gua lihat jalan besar kosong – tak nampak sesiapa – Bila gua sampai ke Wakaf Pertama baru semua muncul. Siti dan keluarga semua melepak di Wakaf Pertama. Puppy Itam juga ada datang makan pagi ini.
Masa gua menabur Friskies – ha ha.... Tiong muncul – kali ini hanya saekor – entah jantan entah betina. Semua enjoi makan.
Gua rasa hari ini akan panas walau pun ketika gua menulis ini matahari tak ada – hutan depan rumah masih berkabus – Agak sunyi tak sibuk dengan suara burung – Mungkin takut dengar bunyi mercun. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT HARI RAYA CHINA
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu jangan kecewakan hati Si Dia - kerana ini sama seperti lu hentikan mimpi yang indah.
BRO
Alangkah indahnya hidup ini kalau semuanya macam yang kita mimpikan.
BRO
Bila lu mimpi ngeri ertinya masa nak tidur lu tak basuh kaki. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan