PRABOWO JADI
BARUA ZIONIS
AMIN
SOLDADU INDON
AKAN DIGUNA
BUNUH PALESTIN
KHALAS
Indonesia sedia 1,000 tentera untuk dikerah ke Gaza awal April
JAKARTA: Indonesia sedang menyediakan 1,000 tentera bagi kemungkinan dikerahkan ke Gaza menjelang awal April ini, sebagai sebahagian cadangan pasukan pengaman multinasional.
Jurucakap tentera, Donny Pramono, semalam, berkata keputusan akhir atur gerak itu akan dibuat oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, selain memaklumkan seramai 8,000 askar akan bersedia untuk ditugaskan menjelang Jun ini.
"Jadual pelepasan tertakluk sepenuhnya kepada keputusan politik negara dan mekanisme antarabangsa berkaitan," katanya kepada Reuters.
Kenyataan itu dibuat ketika Prabowo bersedia untuk berlepas ke Washington bagi menghadiri mesyuarat rasmi pertama Lembaga Pengaman, dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, minggu ini.
Penubuhan lembaga terbabit disokong resolusi Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sebagai sebahagian pelan pentadbiran Trump untuk menamatkan perang di Gaza.
Sabtu lalu, Kementerian Luar Indonesia dilapor berkata, Jakarta tidak mengiktiraf atau mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.
Malah, tegasnya, tidak wajar mentafsirkan penyertaan tentera dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa di Gaza yang diberi mandat oleh PBB sebagai menjalinkan hubungan politik dengan mana-mana pihak.
Katanya, kerahan tentera itu hanya boleh dibuat dengan persetujuan Pihak Berkuasa Palestin (PA), selain tentera Indonesia tidak mempunyai mandat bagi menyahtentera mana-mana pihak.
"Kami secara konsisten menolak semua cubaan untuk mengubah demografi, pemindahan secara paksa atau penempatan semula rakyat Palestin dalam apa-apa juga bentuk," katanya. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan