Isnin, 2 Februari 2026

TRUMP TERUS GERTAK



Trump harap dapat capai perjanjian dengan Iran

PARIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berharap dapat mencapai perjanjian dengan Iran selepas pemimpin tertinggi negara itu memberi amaran bahawa sebarang serangan AS ke atas republik Islam berkenaan akan mencetuskan perang serantau.

Ekoran tindak balas berdarah pihak berkuasa Iran terhadap protes anti-kerajaan yang memuncak bulan lalu, Trump mengancam tindakan ketenteraan dan mengarahkan kumpulan kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat.

"Harapnya kita akan mencapai satu perjanjian. Jika kita tidak mencapai perjanjian, maka kita akan lihat sama ada dia benar atau tidak," katanya semalam.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam menyamakan protes terbaru itu dengan satu rampasan kuasa, sambil memberi amaran serangan AS bakal mencetuskan konflik besar.

"Orang AS perlu tahu jika mereka memulakan perang, kali ini ia akan menjadi perang serantau.

"Mereka (perusuh) menyerang polis, pusat kerajaan, pusat IRGC, bank, masjid serta membakar al-Quran. Ia seperti satu kuasa rampasan kuasa," katanya sambil menambah rampasan kuasa itu berjaya dipatahkan.

Protes di Iran bermula sebagai luahan rasa tidak berpuas hati terhadap kos sara hidup yang tinggi, sebelum berkembang menjadi gerakan anti-kerajaan berskala besar yang digambarkan pemimpin negara itu sebagai rusuhan didalangi AS serta Israel.

Namun begitu, pihak berkuasa Iran mengarahkan pembebasan penunjuk perasaan, Erfan Soltani, 26, dengan jaminan selepas AS memberi amaran.

Menurut Badan Kehakiman Iran, Erfan ditahan pada bulan lalu atas tuduhan menyebarkan propaganda menentang sistem Islam Iran dan melawan keselamatan negara.

Washington pula mendakwa Erfan bakal dihukum mati, namun Tehran menegaskan pemuda itu tidak pernah disabit hukuman mati kerana pertuduhan terhadapnya tidak membawa sehingga hukuman sedemikian.

Ketika ketegangan antara Iran dan AS semakin memuncak, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam akui bimbang mengenai salah perhitungan, namun percaya Trump cukup bijak membuat keputusan yang betul.

"Jadi saya melihat masih ada kemungkinan rundingan baharu jika pasukan perunding AS mengikuti apa yang dikatakan Presiden Trump iaitu untuk mencapai perjanjian yang adil dan saksama bagi memastikan tiada senjata nuklear," katanya dalam temubual dengan CNN.

TRUMP HANYA

GERTAK ANCAM

KAH KAH KAH

NAK CARI JALAN

KELUAR KERANA

JIKA IRAN

DISERANG

BOM BOM TEL AVIV

KAH KAH KAH

ZIONIS ISREAL

AKAN MUSNAH

KHALAS

Tiada ulasan: