Isnin, 16 Mac 2026

MINYAK ARAB LUNGKUP - MINYAK RUSIA JADI GANTI


MINYAK ARAB

DAH HABIS

KAH AH KAH

MINYAK RUSIA

JADI GANTI

AMIN

TERUSKAN PERANG

HANCURKAN

AMERIKA & ISRAEL

KHALAS 


Russia 'pemenang' sebenar perang Iran-Israel/AS

KETIKA Asia Barat terus membara akibat konflik terbuka antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran, pemerhati antarabangsa mula melihat bayangan pemenang sebenar yang tidak perlu melepaskan satu butir peluru pun dalam kancah ini iaitu Russia.

Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, secara terbuka menyifatkan Moscow sebagai satu-satunya pihak yang mengaut keuntungan daripada perang berkenaan. Analisis beliau memberikan gambaran jelas bahawa Russia sedang memanfaatkan gangguan rantaian tenaga global untuk kepentingan strategiknya.

Laporan Al Jazeera sebelum ini turut memberi amaran bahawa ketegangan di Selat Hormuz bukan sahaja menggugat kestabilan serantau, malah mengalihkan perhatian dunia daripada konflik Ukraine yang kini memasuki tahun keempat.

Kini, memasuki minggu ketiga perang, serangan balas Iran terhadap sasaran AS dan Israel, termasuk fasiliti di Teluk, menyebabkan aliran minyak dan gas asli melalui Selat Hormuz hampir terhenti sepenuhnya.

Kesan domino daripada sekatan laluan strategik ini melonjakkan harga bahan api ke paras yang membimbangkan, sekali gus memberi tekanan hebat kepada industri global yang bergantung kepada sumber tenaga Timur Tengah.

Bagi Russia, kenaikan harga minyak adalah 'talian hayat' ekonomi. Sebagai pengeksport minyak kedua terbesar dunia, setiap kenaikan dolar pada harga setong bermakna bilion dolar tambahan masuk ke kantung Kremlin untuk membiayai operasi ketenteraan dan domestik mereka.

Di sebalik tabir, diplomat Russia dilihat sedang memainkan peranan sebagai "orang tengah" yang tenang. Jurucakap Kremlin menyatakan bahawa semua pihak masih berminat untuk meneruskan rundingan damai Russia - Ukraine yang ditaja oleh AS.

Bagaimanapun, memetik analisis mendalam Al Jazeera, kesediaan Moscow untuk berunding mungkin sekadar taktik melengahkan masa (stalling tactics) memandangkan tumpuan Washington kini terbahagi antara Kiev dan Tehran.

Hingga kini, belum ada tarikh atau lokasi dipersetujui bagi pusingan rundingan seterusnya, menunjukkan jurang besar antara tuntutan Russia terhadap wilayah Donetsk dan kedaulatan Ukraine yang masih belum mencapai titik pertemuan.

Isnin lalu menyaksikan komunikasi rasmi pertama tahun ini antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin. Perbualan telefon itu memfokuskan kepada pengurusan krisis di Iran dan masa depan Ukraine.

Walaupun Kremlin menafikan perbincangan terperinci mengenai penarikan balik sekatan minyak Rusia, tindakan AS kebelakangan ini memberi isyarat bahawa Washington terdesak untuk menstabilkan pasaran tenaga dunia.

Putin, dengan nada penuh keyakinan, menyatakan bahawa Russia sedia kembali bekerjasama dengan pelanggan Eropah jika mereka ingin memulihkan hubungan jangka panjang yang pernah terjalin sebelum krisis Ukraine.

Statistik menunjukkan sebelum 2022, Eropah membeli lebih 40 peratus gas asli dari Russia. Namun, menjelang 2025, angka itu menjunam kepada hanya 13 peratus akibat sekatan ekonomi dan peralihan ke sumber gas asli cecair (LNG).

Trump, dalam usaha mengekang inflasi domestik, memberi bayangan akan menarik balik beberapa sekatan ke atas negara pengeluar minyak bagi menurunkan harga tenaga, namun enggan memperincikan negara yang dimaksudkan.

Buat masa ini, AS masih mengekalkan sekatan ketat ke atas sektor minyak Russia, Iran, dan Venezuela. Namun, dinamik perang di Iran memaksa Washington untuk menilai semula senarai "musuh" mereka.

Agensi berita antarabangsa, termasuk sumber dalaman yang dipetik Al Jazeera, melaporkan bahawa pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan pelonggaran sekatan terhadap Russia sebagai strategi serampang dua mata.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan menurunkan harga minyak dunia, malah dilihat sebagai cubaan untuk menarik Moscow menjauhi pakatan ketenteraan yang lebih erat dengan Tehran.

Sebagai bukti awal peralihan polisi ini, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, mengumumkan pengecualian sekatan selama 30 hari bagi penjualan minyak Russia ke India bagi membantu negara itu menghadapi gangguan bekalan dari Asia Barat.

Tindakan ini secara tidak langsung memberi kemenangan moral dan ekonomi kepada Putin, yang kini melihat sekatan Barat mula retak akibat tekanan keperluan tenaga yang mendesak.

Selagi api konflik di Iran tidak dipadamkan, Rusia akan terus berada di kedudukan selesa - menikmati hasil minyak yang mahal sambil melihat pengaruh AS di Ukraine semakin terhakis dek perhatian negara itu dalam perangnya ke atas Iran.

Tiada ulasan: