Khamis, 22 Januari 2026

PERANG TAMAT DI MEDAN PERANG




Putin bertemu utusan AS hari ini bincang penyelesaian perang Russia-Ukraine


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam memaklumkan akan bertemu utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff dan Jared Kushner hari ini bagi mencari penyelesaian berhubung perang Russia dengan Ukraine yang berlarutan hampir empat tahun.

Putin, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Russia memberitahu beliau akan membincangkan kemungkinan penggunaan aset negara itu yang dibekukan bagi tujuan kerja pemulihan di wilayah yang terjejas akibat perang.

"Kemungkinan ini juga sedang dibincangkan dengan wakil pentadbiran AS," katanya seperti dilaporkan agensi berita Russia.

Putin berkata, beliau akan turut membincangkan penggunaan aset berkenaan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam satu pertemuan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Luar Russia sudah diarahkan untuk mengkaji jemputan Presiden AS, Donald Trump supaya Russia menyertai Lembaga Keamanan dan akan memberikan maklum balas pada masa yang sesuai.

Putin berkata, beliau melihat cadangan itu sebagai sebahagian daripada usaha bagi penyelesaian damai di Asia Barat.

Walaupun belum membuat sebarang keputusan bagi menyertai lembaga berkenaan, Putin berkata, Moscow bersedia memperuntukkan AS$1 bilion (RM4 bilion) seperti yang dikehendaki Trump bagi keanggotaan jangka panjang, menggunakan asetnya yang dibekukan.

Ini mengambil kira hubungan istimewa Russia dengan rakyat Palestin.

PERANG UKRAINE

AKAN TAMAT

TIDAK DI MEJA

RUNDINGAN

AMIN

PERANG AKAN

TAMAT

DI MEDAN PERANG

KHALAS

Tiada ulasan: