PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 22 JANUARI 2026
PARLIMEN
TOLAK HUKUM HAKAM BAGINDA QUEEN
Pagi ini gua nak bersama SUARAM ke Parlimen untuk serah memorandum : JANGAN JENAYAHKAN KETUM DAN GANJA.
Nak beri kesedaran pada YB bahawa Ketum dan Ganja bukan musuh. Ganja dan Ketum adalah tanaman asli bumi kita yang boleh di jadikan UBAT.
Ketum boleh menjadi PUNCA EKONOMI – Siam kini adalah pengeksport Ketum ke Amerika dan German.
Kita masih di ikat dengan UNDANG UNDANG DAN HUKUM HAKAM BAGINDA QUEEN – hukum hakam ini adalah Projek Kolonial – untuk menghapuskan ubat tradisional. Di burukan ubatan tradisional . Ini untuk diganti dengan UBAT DARI BIG PHARMA - MENJENAYAHAKAN KETUM DAN GANJA IALAH PROJEK KOLONIAL INGGERIS.
Lihat Akta Racun – di lulus tahun 1955 – Akta ini menjenayahkan ubat tradisional yang wujud di Tanam Melayu ribuan tahun.
BEBASKAN KETUM dan GANJA dari lobi syarikat UBAT BARAT. Kapitalis ubat mahu kita semua beli dari BIG PHARMA.
Amerika dan German kini telah menjadikan KETUM produk harian. Malah di German telah ada ubat-ubat yang berasakan KETUM.
Kita jangan jadi bodoh !!! FIKIR dan BEBASAKAN FIKRAH dari di jajah oleh Baginda Queen. AMIN
HOKKIEN
Pagi ini kering segar. Langit pucat tak indah. Matahari belum bersinar. KL & KL Sentral berkabus nipis.
How Wow bersuara dari arah Kwantung. Tekukur seperti biasa berlaku tanpa henti dari dalam sawah rumput.
Di kawasan rumput panjang dekat dengan Pokok Ara Cengkerik bersimponi. Ini wilayah Pipit Uban.
Ha ha – Jantan Baik muncul dan ikut gua berjalan ke Wakaf Tiga. Jantan Baik dah berani rapat dengan gua. Boleh gua ambil gambar jarak dekat.
Kemudian dari bukit muncul 3 Puppy termasuk Puppy Itam. Siti tidak kelihatan. Lalu gua beri makanan depan Wakaf Dua. Tak ramai yang makan pagi ini.
Gua berjalan arah ke Wakaf Tiga – KL kelihatan berkabus – Berjalan pulang gua nampak ramai Tiong mencari butir nasi lebihan di tempat gua letakan makanan.
Di Wakaf Pertama Siti muncul. Disini semua dapat Friskies . Siti dan Tak Tak dapat hati ayam. Kali ini ramai yang datang untuk makan.
Pagi yang gumbira ialah pagi melihat Warga Hokkien makan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
BRO
Jadikan buku teman hidup lu. Buku tetap setia dan lu boleh bawa dia ke bilik tidur dan ke dalam jamban. Buku tak marah kentut lu yang busuk.
BRO
Jika lu susah nak tidur sila ambil buku baca – lu pasti tertidur.
BRO
Lu baca buku daki gunung - lu akan tertarik untuk mendaki. Kalau pun tidak lu dah rasa nikmat mendaki. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan