Khamis, 22 Januari 2026

NAJIB ADA JO LO - ANWAR BIN IBRAHIAM ADA VINOD



Anwar disepina sebagai saksi dalam kes saman RM30 juta

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah disepina untuk memberi keterangan sebagai saksi plaintif dalam satu saman berjumlah RM30 juta yang difailkan oleh 12 individu terhadap ahli perniagaan Vinod Sekhar dan isterinya, Winny Yeap Liew Heoh, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini menunjukkan bahawa sepina tersebut dipohon oleh peguam plaintif, Messrs Goh Wong Pereira, pada 15 Jan lalu.

Ketika dihubungi, peguam Colin Pereira mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan perintah itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

“Plaintif telah mengeluarkan sepina terhadap beliau (Anwar) untuk memberi keterangan sebagai saksi mereka.

“Kami telah menyerahkan sepina itu melalui e-mel, kurier dan secara serahan tangan ke Pejabat Perdana Menteri, dan pihak berkenaan telah mengesahkan penerimaan dokumen tersebut,” katanya.

Pereira berkata Anwar perlu hadir memberi keterangan di mahkamah kecuali perdana menteri itu memohon untuk mengetepikan perintah tersebut selepas ia diserahkan kepadanya.

Pereira turut mengesahkan bahawa perbicaraan kes itu akan diteruskan di hadapan Hakim Adam @ Edward Abdullah pada 22 dan 23 Januari, di mana Pengerusi Petra Equities Sdn Bhd (PESB), Tunku Imran Ibni Tuanku Ja’afar, akan memberi keterangan.

Pereira berkata dia telah diarahkan oleh anak guamnya pada 2024 untuk memanggil setiap individu yang dinamakan dalam saman tersebut, termasuk Anwar, untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Vinod dan isterinya telah disaman oleh 12 individu pada tahun 2023 atas dakwaan salah nyata, penipuan dan pelanggaran kontrak.

Sepuluh daripada 12 plaintif tersebut merupakan pelabur Vinod, iaitu Graham David Bell, Arthur J Mirante II, Ronald Barrie Clapham, Charles Robert Henry Stone, Paul Sallis Benney, Paul Nicholas Smith, Octavio Augusto Vallarino Arias, Simon Hafeitz Homsany, Talbortt Gerard Young dan Uri Fruchtmann.

Dua plaintif selebihnya, Andrew Murray-Watson dan April Srivikorn, merupakan bekas pekerja Vinod.

Kumpulan plaintif itu mendakwa bahawa Vinod telah memujuk mereka untuk melaburkan wang sama ada dengannya atau melalui pelbagai syarikat miliknya, tanpa mendedahkan status kebankrapan yang didakwa ketika itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif berkata mereka telah menyoal Vinod mengenai isu kebankrapan tersebut melalui e-mel pada 30 September 2020.

Vinod didakwa telah “mengambil ringan” perkara itu dan seolah-olah mencadangkan bahawa seorang individu bernama “Anwar” akan menguruskan perkara tersebut serta menyatakan bahawa dia selari dengan Anwar, yang dipercayai oleh mereka merujuk kepada Perdana Menteri.

Mahkamah telah memulakan perbicaraan kes itu pada Oktober tahun lalu, di mana salah seorang pelabur, Bell, telah memberi keterangan bagi pihak semua plaintif lain.

Bell memberitahu mahkamah bahawa Vinod telah menggambarkan dirinya sebagai seorang anggota masyarakat yang boleh dipercayai, berikutan hubungannya dengan individu berpengaruh, termasuk Anwar.


DENGAN BANGGA

DI UMUMKAN

 KEPADA RAKYAT 

MALAYSIA

KAH KAH KAH

NAJIB  RAZAK

ADA JO LO

ANWAR

BIN IBRAHIM

ADA VINOD

KHALAS

Tiada ulasan: