Rabu, 16 September 2026

BUKAN SALAH HANNAH YEOH !!!


BUKAN SALAH

AGONG

AMIN

BUKAN SALAH

DAP HANNA YEOH

AMIN

BUKAN SALAH

UMNO ZAHID

AMIN

HAKIKATNYA NAJIB

MASIH ADA

 KES 1MDB

 YANG BELUM

JATUH HUKUM

KHALAS


Pengampunan Najib: Saya nyatakan pandangan dengan jujur dan berterus terang - Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan, beliau sudah menyatakan pandangan secara jujur dan berterus terang berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September lalu.

Hannah berkata, pandangan itu diberikan selepas meneliti pendapat bertulis Peguam Negara dan dalam kapasiti sebagai seorang daripada anggota Lembaga Pengampunan serta menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.

"Sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengampunan dan selepas meneliti pendapat bertulis Peguam Negara, saya sudah pun memberikan pandangan atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan.

"Saya menyatakan pandangan dengan jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani (conscience) saya demi kepentingan negara," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Jumaat lalu.

Keputusan muktamad pada Agong

Hannah turut menegaskan bahawa selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa dan keputusan muktamad berkaitan pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, termasuk keputusan untuk menangguhkan pertimbangan permohonan berkenaan.

"Tentunya, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Negara, kuasa dan keputusan muktamad terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) termasuk untuk menangguhkan apa-apa keputusan mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat untuk mempertimbangkan, antara lain permohonan Najib bagi mendapatkan pengampunan terhadap sabitan berkaitan kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Najib seleweng RM42 juta dana SRC International

Pada Julai 2020, bekas perdana menteri itu yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.

Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, daripada 12 tahun ke enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

KENAPA MUHYIDIN DAPAT DNA ?

 


ZAHID DAPAT DNAA

UNTUK BOLEHKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM JADI PM

AMIN

MUHYIDIN DAPAT DNA

UNTUK BOLEHKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM TERUS

JADI PM

KHALAS

SAUDI MINTA BANTUAN NETANYAHU


AKHIRNYA

SECARA TERBUKA

SAUDI MINTA

BANTUAN

NETANYAHU

AMIN

KINI MOSSAD

BERI MAKLUMT

DAN RISIKAN PADA

SAUDI

KHALAS


Arab Saudi keluar amaran keselamatan meluas susulan ancaman ke atas Makkah, Jeddah

RIYADH: Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan di beberapa kawasan sejak semalam, termasuk kota suci Makkah dan Jeddah, susulan serangan berterusan selama seminggu oleh pejuang Houthi disokong Iran.

Serangan itu menyebabkan Arab Saudi semakin terheret dalam konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

Walaupun amaran keselamatan berkenaan ditarik balik tidak lama kemudian, penduduk dinasihatkan terus berwaspada dan berjaga-jaga.

Pihak berkuasa Arab Saudi belum melaporkan sama ada mana-mana peluru yang dilancarkan itu kena pada sasaran.

Tiada pihak juga segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Amaran itu adalah yang paling meluas sejak konflik semakin memuncak minggu lalu.

Ia juga adalah amaran pertama dikeluarkan di Makkah sejak perang tercetus, sedangkan bandar itu menempatkan tempat suci yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan Houthi yang disokong Iran sejak beberapa hari lalu menguasai sebahagian pantai Laut Merah di Yaman, menghadap Bab al-Mandab.

Bab al-Mandab adalah antara selat perkapalan paling penting di dunia. Penguasaan kawasan itu mengancam laluan eksport minyak Arab Saudi yang sebelum ini dialihkan dari Selat Hormuz.

Ketika pertempuran semakin meluas ke kawasan baharu di Asia Barat, keadaan itu memberi kelebihan kepada Iran dalam konfliknya dengan Amerika Syarikat (AS) yang sudah memasuki bulan ketujuh.

Konflik berkenaan turut menyebabkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz merosot dengan ketara, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan minyak dunia.

Houthi sepanjang minggu lalu mengumumkan beberapa serangan besar terhadap Arab Saudi, termasuk serangan ke atas sebuah pangkalan udara pada Isnin.

Kumpulan itu berkata serangan berkenaan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan udara ke atas Yaman.

Sementara itu, Arab Saudi menuduh satu lagi kumpulan yang disokong Iran dan berpangkalan di Iraq sebagai dalang serangan pada Jumaat lalu.

Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright, berkata kepada CNBC semalam, aliran minyak mentah melalui saluran paip itu dijangka disambung dalam tempoh beberapa hari.

Gabungan ketenteraan diketuai Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yaman pula berkata 13 orang awam cedera dalam beberapa serangan Houthi ke atas Arab Saudi pada Isnin.

Houthi minggu lalu turut melancarkan kemaraan pantas di sepanjang pantai barat Yemen sebelum menguasai sebuah pulau di muara Laut Merah.

Sejak saluran paip itu ditutup susulan serangan Jumaat lalu, pedagang memberi amaran bahawa penutupan berpanjangan boleh menjejaskan sehingga empat peratus bekalan minyak dunia.

Harga minyak mentah turut meningkat sejak minggu lalu ke paras tertinggi sejak Mei.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melepasi AS$108 (RM433.32) setong semalam, manakala purata harga runcit diesel di AS mencecah paras tertinggi baharu, hampir AS$6.27 (RM21.83) segelen. - REUTERS



DEMI KUASA


SEMUA KERANA

KUASA

AMIN

ADA KUASA

ADA DUIT

ADA BURIT

KHALAS


Unknown commented on 
"MUHYIDIN AKAN BANTU
 MAT BURUT TERUS JADI PM"

Orang politik bergaduh berteriak ceramah di luar saja, pergi tengok parlimen, sebaik keluar pentas parlimen bukan main sahabat kawan teh tarik? Orang kampung tak faham parlimen ini medan lakonan semata-mata, semuanya diatur skrip drama sketsa sentimen ditimbulkan agar terus menipu rakyat susah, 

rakyat susah kami bantu belakang sapu berjuta-juta, ini perangai mereka sebenarnya, kami bantu bukan duit bapa dia, tetapi duit negara itupun songlap separuh sapu komisen siapa bagi komisen tinggi mendapat projek projek jana wibawa, projek jana madani projek poster tampal banner kerja politik semuanya untung kerana duit bukan pasal agama bangsa negara tetapi perut kenyang dengan duit tahi rasuah amin kah kah kah kah 

masih tak faham bodoh dekat luar sana yang cium tangan cium kaki pemimpin politik lagi kah kah kah kah cium pun ada hasrat mendapat sesuatu balasan budaya darah daging perasuah mampus negara woit

KITA SEMAU MANGSA SCAM ANWAR BIN IBRAHIM


KITA SEMUA

MANGSA SCAM

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

Unknown commented on
 "LANGKAH TURKI 
MENIPU UNTUK MENANG"

Zaman scammer berleluasa, scammer semua peringkat, dalam agensi kerajaan agensi swasta setiap hari setiap masa menipu kerja harian, kerjasama erat agensi kerajaan dan swasta dengan sindiket dalam membekalkan maklumat peribadi termasuk akaun bank butiran terperinci semuanya dibawah kawalan agensi bank manakala penguatkuasa dibayar imbuhan setiap bulan supaya wayang wayang tangkap dakwa diteruskan, 

hasilnya semua untung kecuali rakyat teraniaya terkena jerat kah kah kah kah tiada langkah langsung untuk membendung, kenapa nak bendung kalau ada keuntungan? Itulah moto penguatkuasaan sekarang gaji tetap ada elaun tetap ada tambahan duit rasuah masuk hebat kan? Kah kah kah kah kah lembu pun nak hidup mewah

PAGI INI



PAGI INI






PAGI INI

RABU 16 SEPTEMBER 2026

HARGA MINYAK TERUS NAIK


SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA
DUNIA MAKIN KACAU BILAU
HARGA MINYAK TERSU NAIK

Politik kita juga kacau bin bilau – Orang ramai semua sedang menunggu  apa hasil kerja sama PARTI PAS dan UMNO.

PRN MELAKA
Kini akan menjadi  tanda : Apakah kerjasama PAS – UMNO akan berterusan HINGGA  ke PRU16.

ORANG RAMAI dah tak sabar nak humbankan ANWAR BIN IBRAHIM. 

Kes TANGKAPAN RASUAH INI makin memualkan rakyat kerana PERASUAH BESAR  Azam bin Baki TIDAK DIDAKWA.

MUHYIDIN DNA
Zahid dapat DNAA untuk Anwar bin Ibrahim jadi PM

Muhyiddin dapat DNA untuk Anwar bin Ibrahim terus jadi PM. Amin

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu  - masih hodoh – matahari belum kelihatan – KL & KL Sentral macam hilang dari penglihatan.

Tim Mak Tetek Besar tidak  ada pagi ini – tak tahu di mana MEREKA  sambut Hari Malaysia.  Depan Pokok Ara Jantan Putih Baik muncul – Geng lain menyalak.  Ada dua ekor ikut  Jantan Baik hingga ke  Wakaf Tiga.

Berjalan pulang salakan makin kuat – lalu gua RASUAH – gua beri nasi -    Yang garang nak turun makan – TAPI Tak Tak kejar – yang lain makan nasi & friskies. Tak Tak pun ikut makan sama - nak buat ramai.

Nak sampai Wakaf Pertama Tiong Laki Bini datang berlabuh - dai dah kenal gua - lalu gua  tabur friskies.

Ha ha – suara Gagak dan Keng Keng pagi ini tanda mereka  juga menyambut Hari Malaysia.

Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Taman Tasik Titiwangsa – nak berforum – mari datang buat ramai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
SAMBUT HARI MALAYSIA

BRO
Lu perhatikan sungai – makin dalam sungai makin banyak air mengalir.

BRO
Lu jadilah mata air yang jernih agar dapat hilangkan dahaga jiran tertangga.

BRO
Lu tahu rezeki ini macam air – ia sampai pada mereka yang berhati rendah. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA