Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 4 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA - SEBELUM ITU INI




HATINYA UNTUK KITA




IBU INI


kau perhatikan muka si ibu ini

apakah yang sedang mengharukan
apakah rumahnya telah diruntuhkan
apakah suaminya ditangkap polis tak ada khabar berita
apakah anaknya hilang entah ke mana

ibu ini dari kandahar
ibu ini dari kabul
ibu ini dari peshawar
ibu ini dari tak bai
ibu ini dari kampong buah pala
ibu ini dari kampong berembang
ibu ini dari tasek utara
ibu ini dari salvador

ibu ini adalah emak kita
ibu ini adalah pemilihara kita
ibu ini adalah bumi
ibu ini adalah alam semesta

ibu ini sedang bersedih
ayer matanya belum menitis
hatinya telah lama koyak
kau perhatikan mukanya
segala kegumbiraan telah melayang hilang

ibu ini sedang menangisi kita
ayer matanya belum menitis

titisan ayer matanya adalah gelombang
titisan ayer matanya adalah ribut
titisan ayer matanya akan melingkup bumi
titisan ayer matanya adalah ucapan terakhir untuk bumi manusia



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,telah selamat berbuka puasa.Bagaimana ibu ini.Dan orang yang senasib dengannya.Hanya orang yang pernah merasa sepertinya yang tahu dan faham.Kita membazirkan wang kita dengan berbelanja dengan melebihi keperluan.Apalah salahnya kita simpan wang itu untuk kita beri kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadhan ini.Betapa besar nilai bagi mereka walaupun kecil bagi kita.Kita sengaja buat-buat lupa insan yang menanti ihsan dari kita.Pisang emas dibawa belayar,masak sebiji diatas peti,hutang emas mengapa boleh dibayar,mengapa hutang budi dibawa mati.Tidakkah kita boleh berbudi kepada yang kita berhutang.

irafiza berkata...

kelahiran seorang anak perempuan adalah untuk melalui pengalaman kesakitan khas buat kaum perempuan,yakni kehilangan2 tersebut selain daripada sakit mengandung juga melahirkan anak.

Tanpa Nama berkata...

Beautiful puisi frm TT

kopiku pahit berkata...

Hisham, rakyat masih susah beli gula. Menteri membisu.

begudol berkata...

bro..hari ni berbuka dengan tangisan...puisi yang mengguris..

R.HAREEZ berkata...

Syahdu teramat sangat puisi HATINYA UNTUK KITA itu Bro. Mohon keizinan menempelnya di blog Rumput Hijau.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro Isam.

Saya telah mengumpul 19 buah puisi karya bro. Tapi karya hari ini tentang "Ibu Ini" mengundang rasa sayu, sedih dan pilu. Miliknya diragut tanpa rela dan bila kita kaitkan dengan ibu, di situ timbul rasa sayu.

Dari segi kesesuaian latar, bro bijak menggarap latar melangkaui semua benua, termasuk kekejaman di negara kita sendiri. semoga puisi seperti ini dapat mencuit sedikit kesedaran dalam hati setiap insan.

Teruskan berkarya. Salam.

Tanpa Nama berkata...

Salam bang isham

puisi ni menyentuh hati..terbayang ramainya manusia membeli-belah di pasar ramadhan sampai jalan jem. ada yang menjinjing begitu banyak beg makanan. tak tau lah adakah semua akan dimakan atau akan berakhir di tong sampah..di tangan saya ada 210 nama pemohon zakat yang memohon zakat tapi tak dapat zakat. Saya diberitahu ada 300 lagi nama yang senarainya belum saya lihat. Ada sesiapa yang kaya, nak bayar zakat, sila hubungi saya
jem5661@gmail.com.

zeqzeq berkata...

IBU

ibu ..dari Kamuntiaq RAYA nak dekat.

anak tanya ibuq,
'ayah ..bila nak balik'??