Jumaat, 18 Oktober 2019

LAT KOYA SERANG SEMPADAN







LAT KOYA

MULA SERANG

SEMPADAN

SPRM ada ribuan bukti rasuah, penyeludupan berleluasa di sempadan

AGENSI anti rasuah mendedahkan bukti menunjukkan pegawai kawalan sempadan terlibat dalam rasuah yang menyebabkan penyeludupan dan pembolosan sempadan berleluasa di utara tanah air.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata agensi itu mengumpul ribuan video menunjukkan aktiviti tersebut.

Pada sidang media itu, beliau turut menayangkan satu rakaman video sepanjang lebih 15 minit kepada wartawan yang menunjukkan aktiviti penyeludupan dan pembolosan sempadan tersebut.

“Video hari ini menunjukkan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

“Kami juga mempunyai ribuan video dan bukti kukuh mengenai aktiviti yang sama di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kelantan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau menyatakan SPRM akan bekerjasama dengan polis bagi menjejaki semua pegawai yang bertugas di sempadan dalam tempoh 2017 hingga Mei 2019 berdasarkan bukti rakaman video itu.

Katanya, pembolosan dan penyeludupan bukan sahaja berlaku di sepanjang pagar sempadan sebaliknya juga di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata rakaman video itu didedahkan sebagai peringatan kepada semua pegawai yang bertugas di sempadan negara.

“Jangan ulang lagi. Kini mereka tahu yang sedang diperhatikan. Mereka sudah selesa untuk satu tempoh yang lama,” katanya.

Dalam sidang media sama Ketua Cawangan Forensik Audio Video SPRM Badri Azni berkata video risikan agensi itu dapat merekod dengan jelas tawaran dan penerimaan rasuah.

“Modus operandi kumpulan penyeludup ini adalah berjumpa dengan anggota keselamatan di sempadan dan jelas kelihatan sesuatu dipercayai wang dihulur kepada mereka untuk mendapatkan kebenaran.

“Biasanya aktiviti penyeludupan ini berlaku pada waktu pertukaran shif iaitu antara 6 hingga 9 pagi,” katanya dalam sidang media itu.

Katanya, risikan yang dijalankan antara 2019 hingga Mei 2019 itu mendapati barangan diseludup ke Thailand adalah barangan bersubsidi tepung, bawang, beras, minyak masak, baja, diesel dan petrol.

“Kami juga percaya daun ketum yang mencecah RM100 per kilo di Thailand turut diseludup keluar bagi memperoleh keuntungan tinggi,” katanya. – 18 Oktober, 2019



TERUS

LAGI

CUCI

BERSIH

BAWA 

PULANG

DUIT

NEGARA
--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila lat koya nak siasat kebab? annuar musa tu kebal sangat ke? kes hilang 100juta dibawah hidung kj apa kabar?

panglimo potaseh berkata...

Jenayah disempadan ..Kak Toya ckp, JGN ULANG LAGI ..maksudnye pegawai imigresen/kastam yg lengkap bersenjata, bertopi besi, dlm masa yg sama pegawai ni buat DEK je melihat berpuloh penyeludup berlari anak depan belakan, mengandar buntil ..dihookom dgn amaran jgn buat lagi.