Jumaat, 18 Oktober 2019

SATU LAGI KEJAYAAN







SALUT

SATU LAGI

KEJAYAAN

KERAJAAN

PAKATAN 

HARAPAN


Tiada pihak ketiga hadir tuntut lebih RM2 juta Umno Pahang

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu tiada pihak ketiga berkepentingan yang hadir bagi menuntut wang berjumlah RM2,479,300.18 yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan Umno Bahagian Pahang yang dikatakan berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Rozana Ali Yusof yang turut dihadiri peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor yang mewakili Badan Perhubungan Umno Bahagian Pahang yang merupakan responden.

“Pada 10 September lalu, kami mewartakan notis kepada pihak ketiga untuk hadir, namun hari ini tiada sesiapa pun hadir ke mahkamah untuk menuntut. Sehubungan itu, saya memohon satu tarikh untuk memfailkan hujahan bertulis,” katanya.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 6 Disember bagi mendengar permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap wang itu.

Pada 26 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan selaku pemohon untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan terhadap wang itu dalam permohonan melucut hak ke atas harta tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya berkata permohonan pelucutan hak difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak. – Bernama, 18 Oktober, 2019.

LAT KOYA

SERANG KUBU

BESAR

GEROMBOLAN

KETUANAN MELAYU
-----------

2 ulasan:

Mat Senaiper berkata...

Stakat 2juta baru celah bijik klntit rosmah, kecik sikit dari buah pelir najib nak tuntut pun wat serba salah jak...wat ngabih duit setem je.. Duit yang dah kena rompak dek najib tu silakan ambik rakyat taknak tau. Yang rakyat nak tengok najib rosmah jadi penghuni sungai bulos contry club..

herman adnan berkata...

Idup latKoya!