TEPAT
BETUL
LIDAH
RESMI
Kenapa perlu marah pada Hishammuddin dan konco-konconya?
KENAPA perlu marah pada Hishammuddin Hussein atau mana-mana ahli politik Umno yang berusaha di belakang tabir untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan kembali berkuasa?
Semua ahli politik akan melakukan langkah terdesak, terutama apabila dijatuhkan daripada kedudukan yang mereka anggap sebagai hak.
Keadaan yang terpinggir daripada kuasa politik dan kehilangan sumber pendapatan mudah menyukarkan orang Umno. Tentulah mereka percaya pakatan dengan PAS akan membolehkan parti itu kembali berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Tetapi kebanyakan daripadanya tidak mampu menunggu begitu lama. Terlalu banyak perkara yang perlu ditangani: Dana politik mungkin sudah banyak merosot, petugas perlu dibiaya dan mereka akan terpaksa menggunakan simpanan peribadi.
Jadi tidak hairanlah Hishammuddin atau ahli politik Umno lain cuba menumbangkan PH dengan agenda yang tidak memerlukan dana besar.
Menurut pemimpin kanan PKR, DAP, Bersatu dan Amanah, rancangan itu adalah untuk menubuhkan kerajaan baharu melibatkan pemimpin PKR, Bersatu dan Umno.
Apa yang tidak diperlukan dalam rancangan ini adalah Amanah dan DAP.
Kita tidak perlu marah pada Hishammuddin dan rakan-rakannya. Inilah kerja pembangkang – mengganggu.
Sebaliknya, kita perlu marah kepada individu dalam kerajaan PH yang menggalakkan tindakan Umno ini atau yang memberi gambaran bahawa kerjasama seperti itu tiada masalah.
Langkah setiausaha agung parti dalam PH mengeluarkan kenyataan bersama mengenai rancangan jahat untuk kembali berkuasa melalui jalan belakang itu menunjukkan wujud kebimbangan.
Tetapi kenapa perlu didedahkan kepada umum? Tentulah perkara ini boleh dibincang di mesyuarat majlis PH dan diselesaikan di belakang tabir.
Melainkan, ia adalah usaha pemimpin tertentu dalam PH untuk mendedahkan tali barut berkenaan atau mematikan projek politik itu sebelum nasi menjadi bubur.
Ya, rakyat Malaysia patut marah pada semua orang dalam PH yang memberi keyakinan kepada Umno dalam rancangan jahat merampas mandat DAP dan Amanah.
Individu ini sudah lupa siapa yang mengangkat mereka ke tampuk kuasa. Mari kita ulangkaji.
Sewaktu PRU14, sokongan kepada PH dari kalangan pengundi Cina adalah lebih 93% dan dari pengundi India 83.5%. PH cuma dapat lebih 22% sahaja daripada undi Melayu.
Bukti tidak rasmi menunjukkan kebanyakan pengundi bukan Melayu menyokong PH kerana mereka selesa dengan kedudukan DAP, PKR dan Amanah kerana pemimpin yang bersekutu dengan parti ini.
Apa-apa usaha untuk mengubah pembentukan kerajaan PH ini adalah satu penghinaan kepada mandat yang diberikan dalam PRU14. – 17 Oktober, 2019.
INI LIDAH
PENGARANG
MALAYSIA
INSIGHT
MACAM PERLI
ABAM
KAH KAH KAH
-------------
2 ulasan:
Mentan2 nama korang sama...ko jilat isham dahi kaw2 ye Isham Rais...
Hisham Rais,
Aku nak kau fikir.
Projek Hishamudin Husain cuma akan berjaya jika 90% MP UMNO bersetuju + MP PKR yang berdarah UMNO + bersatu yang masih berdarah UMNO + Lebai penjaga syurga.
Adakah kamu sokong gabungan gerombolan ni?
Catat Ulasan