Jumaat, 18 Oktober 2019

SATU LAGI KEJAYAAN PAKATAN








SALUT

TAHNIAH
SATU LAGI

KEJAYAAN

PAKATAN 

HARAPAN

Buat masa sekarang, Goldman Sachs tetap diheret ke mahkamah

GOLDMAN Sachs mahu menyelesaikan kes terhadapnya berkaitan 1MDB difailkan kerajaan Malaysia, tetapi buat masa sekarang kes itu tetap akan ke mahkamah.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu The Malaysian Insight yang kerajaan mempunyai kes kuat terhadap institusi kewangan AS itu dan tidak sabar menanti kes itu mula dibicarakan.

“Seperti mana dalam banyak kes litigasi, perwakilan sudah dibuat untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi penyelesaian perlu mencapai tanda aras yang kita anggap memuaskan hati.

“Buat masa sekarang, kes itu tetap akan ke mahkamah,” katanya.


Sebelum ini dilaporkan yang Goldman Sachs dan Jabatan Peguam Negara yang mewakili kerajaan Malaysia sudah bertemu dua kali untuk berbincang tentang penyelesaian kes di luar mahkamah.

Ogos lalu, Putrajaya memfailkan 17 pertuduhan jenayah terhadap pengarah dan bekas pengarah anak syarikat Goldman Sachs berkaitan siasatan korupsi dana kekayaan negara, 1MDB.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan yang mempertanggungjawabkan pegawai kanan terhadap mana-mana kesalahan yang dibuat syarikat.

Antara pegawai kanan bank AS yang didakwa itu termasuklah Ketua Pengawai Eksekutif Goldman Sachs International Richard Gnodde, Naib Pengerusi Goldman Sachs Inc Michael Sherwood dan ketua pegawai eksekutif bersama Goldman Sach International.

Malaysia adalah negara pertama yang mengheret Goldman Sachs ke mahkamah dalam siasatan 1MDB yang berlaku sekurang-kurangnya di enam buah negara lain.

Malaysia menuntut AS$3.3 bilion (RM13.8 bilion) ganti rugi.

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang berdepan 87 pertuduhan berkaitan skandal 1MDB dalam pelbagai kes berkaitan dengannya. – 17 Oktober, 2019.


MEMBAWA

BAPAK LANUN

KAPITALIS

KE MAHKAMAH

BUKAN KERJA

KECIK ANAK

-----------

1 ulasan:

Awanama berkata...

Kencing..hari ni menag najib masuk penjara..ahhh sial la lu kaki jilat