Khamis, 26 November 2020

SEJARAH BERULANG ?

 


HIGH NOON

DI KUALA LUMPUR

KAH KAH KAH

SEMUA 

NAK TEMBAK

MUHYIDIN

KAH KAH KAH


Faktor Najib-Zahid 

menjelang undian 

Belanjawan 2021
BELANJAWAN 2021 yang dibentangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin akan bergantung kepada dua individu sama ada akan diluluskan atau tidak di Dewan Rakyat hari ini.

Mereka adalah bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Meskipun Perikatan Nasional (PN) mempunyai 112 ahli Parlimen, namun Najib dan Zahid meletakkan syarat jika mahu Belanjawan 2021 lulus. Ahli Parlimen yang meyokong kerajaan terdiri daripada PN (50), BN (42), GPS (18), PBS (1) and Bebas (1).

Najib yang kini mengetuai Kelab Penyokong Kerajaan BN berkata sokongan mereka bersyarat sekiranya kerajaan setuju untuk melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman bank dan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000 sekali gus dan bukannya secara ansuran.

Zahid pula mahu usul undi percaya kepada Muhyiddin dibahaskan di Dewan Rakyat untuk membuktikan pentadbiran PN stabil. Sebanyak 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya terhadap Muhyiddin telah dikemukakan.

Sepanjang dua minggu lalu Najib mengadakan beberapa pertemuan dengan ahli Parlimen BN, menandakan wujud ketidaketentuan dalam kalangan 42 ahli Parlimen gabungan itu.

Dan dua hari lalu, 20 menteri dan timbalan menteri BN menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) yang diketuai Shahidan Kassim pula malam tadi berkata mereka sebulat suara menyokong belanjawan.

Faktor Najib-Zahid

Semalam, Dr Mahathir Mohamad berkata partinya Pejuang dan “rakan-rakan” akan menolak Belanjawan 2021 yang akan diundi secara belah bahagi hari ini. Malah beliau menggesa Muhyiddin meletak jawatan sebagai tanda bermaruah jika belanjawan tidak diluluskan.

Walaupun Dr Mahathir tidak menyatakan siapa “rakan-rakan” Pejuang, namun mereka dipercayai terdiri daripada sembilan ahli Parlimen Warisan dan Upko, yang diketuai Mohd Shafie Apdal.

Manakala Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 91 ahli Parlimen, juga dipercayai akan menolak Belanjawan 2021 meskipun tiada kenyataan rasmi dibuat.

Namun, jika ditambah dengan ahli-ahli Parlimen Bebas Maszlee Malik (Simpang Renggam), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) dan dua lagi dari Parti Sarawak Bersatu, pembangkang hanya mempunyai 108 ahli Parlimen, berbanding 112 dari PN.

Maka ketika inilah faktor Najib-Zahid memainkan peranan.

“Mereka seperti puak lain dalam Umno,” kata seorang ahli Parlimen PH yang mahu namanya dirahsiakan.

“Kita boleh nampak dengan jelas ketika perbahasan di Parlimen, di mana Najib, Zahid Ahmad Maslan (Pontian) dan beberapa orang lagi menolak belanjawan, manakala Shahidan, Mohamad Alamin (Perlis) dan yang lain menyokong.”

Semuanya kini bergantung berapa ramai ahli Parlimen yang memihak kepada Najib dan Zahid.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) memaklumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang beliau  tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat selagi majoriti Muhyiddin dan kerajaan PN tidak diputuskan terlebih dahulu.

“Najib dan Zahid hanya lebih daripada lima ahli Parlimen (termasuk mereka sendiri), dan tidak perlu tolak belanjawan pun.

“Mereka hanya perlu berkecuali atau tidak hadir semasa undian, dan kerajaan hanya akan ada 107 ahli Parlimen berbanding pembangkang 109,” kata pemimpin PH itu lagi.

PH mendapat pengajaran penting pada 2019, ketika cuba mengembalikan status Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun pemerhati politik meramalkan GPS akan menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan, namun ahli-ahli Parlimennya menolak, menyebabkan PH gagal mendapat dua pertiga undi. 

PH ketika itu hanya memperoleh 138 undi berbanding 148 yang diperlukan.

Adakah sejarah akan kembali berulang hari ini? – 26 November, 2020. 


TETIBA ANWAR

MENCELAH MASUK

JENG JENG JENG

SEKALI LAGI

SEJARAH BERULANG

AMIN



Tiada ulasan: