Jumaat, 8 Julai 2022

NELAYAN BERANI BERSUARA

 



Ikan kurang sebab kerajaan salah urus, kata nelayan

DASAR dan salah urus kerajaan punca ikan kurang di pasaran tempatan, sekali gus melonjakkan harga ikan, kata nelayan.

Nelayan dan pemilik bot nelayan di semua pantai semenanjung juga menuntut Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul membuktikan dakwaannya yang nelayan tempatan menjual hasil tangkapan kepada nelayan asing untuk kaut untung lebih.

Mereka menuduh Abu Hussin membuat kenyataan “karut” dan mengelirukan yang boleh mencetuskan kemarahan ketika rakyat bimbang dengan kenaikan harga makanan.

Mereka juga berkata Abu Hussin secara tidak sengaja turut mempersoalkan keupayaan unit perikanan dan penguatkuasaan maritim yang lain, dalam satu wawancara baru-baru ini.


Pengerusi Persatuan Laut Dalam Pahang Mohd Yusery Mohd Yusoff berkata tiada sebab untuk buat seperti yang didakwa Abu Hussin itu kerana harga ikan negara ketika ini baik.

“Nelayan tidak perlu ambil risiko ditangkap sebab jual hasil tangkapan kepada nelayan asing sedangkan harga di pasaran tempatan baik,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Yusery berkata jika Abu Hussin mempunyai bukti, maka beliau harus menunjukkannya berbanding hanya membuat dakwaan tidak berasas yang telah menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan ramai nelayan dan pemilik bot.

“Saya harap beliau boleh tunjuk bukti.”

Beliau berkata antara punca tangkapan ikan rendah dan harga naik adalah disebabkan peningkatan kos turun ke laut, khususnya bot nelayan laut dalam jenis C2 yang subsidi bahan api diesel telah ditarik balik oleh kerajaan.

Bot jenis C2 biasanya dikendalikan oleh lebih 10 kru dan beroperasi melebihi 30 batu nautika dari pantai.

Yusery berkata harga bahan api diesel telah meningkat daripada RM1.80 seliter kepada RM4.80 kepada RM 5 seliter sekarang, tanpa subsidi kerajaan.

Yusery berkata dengan kos sedemikian, tidak mungkin bot akan ambil risiko dan pergi ke laut apabila cuaca buruk.

“Kami mungkin balik tangan kosong.”

Penarikan balik subsidi bahan api itu memberi impak paling besar kepada bot nelayan C2, tambahnya.

Beliau secara terus terang berkata dasar itu telah menyebabkan ramai pemilik bot tutup kedai.

“Pernah ada 100 bot nelayan laut dalam di Kuantan. Sekarang, kurang daripada 50,” katanya.

Beliau berkata dengan jumlah bot yang sedikit, hasil tangkapan pasti akan berkurangan dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Mengenai dakwaan pengerusi LKIM yang nelayan tempatan menjual hasil tangkapan mereka kepada nelayan asing, Yusery bertanya sama ada Abu Hussin sedar tentang bahaya pemindahan kargo di laut, terutamanya ketika cuaca buruk dan laut tinggi.

“Adakah beliau sedar betapa bahayanya? Ombak.”

Yusery juga menjelaskan tentang kehadiran unit penguatkuasa undang-undang.

“Jadi mengapa kita ambil risiko?”

Faktor cuaca

Mengenai dakwaan bahawa orang tengah turut menaikkan harga ikan, Yusery berkata kepada pengguna: “Jika anda tidak mahu beli ikan mahal (di pasar), maka datanglah ke jeti untuk beli sendiri ikan”.

Beliau berkata adalah logik harga naik sedikit kerana orang tengah perlu menanggung kos pengangkutan, pembungkusan, pembekuan dan pemprosesan.

“Kalau kita jual RM5 sekilogram kepada orang tengah, logik harga di pasaran, katakanlah RM8 sekilogram. Kalau pengguna tidak suka harga di pasar, boleh datang beli ikan terus dari nelayan.”

Di samping itu, Yusery berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk membendung penularan Covid-19 tahun lepas telah menyebabkan nelayan mengurangkan perjalanan ke laut kerana mereka tidak dapat kerah cukup anak kapal.

Presiden Persatuan Hai Suah Hutan Melintang Lee Chu Soi berkata kerajaan tidak betul-betul berusaha untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh industri perikanan.

Beliau berkata jika subsidi bahan api dikembalikan semula untuk bot nelayan laut dalam jenis C2 dan kekurangan tenaga kerja diatasi, “10% lebih bot nelayan akan turun ke laut dan kita akan dapat 10% lebih tangkapan”.

Lee berkata walaupun kerajaan tangani masalah dalam industri, ada satu masalah yang tidak dapat dilakukan yang akan memaksa harga naik iaitu kuasa alam semula jadi.

Beliau berkata cuaca luar biasa pada tahun ini menyebabkan pemilik bot mengalami kerugian besar kerana bot mereka terpaksa patah balik ke darat, selalunya tanpa hasil.

Beliau berkata, corak cuaca luar biasa kini membuatkan bot nelayan turun ke laut hanya 12 hingga 15 hari sebulan.

“Itu jelaskan kenapa tangkapan rendah.”

Beliau juga berkata bot nelayan C2 memerlukan 800 hingga 1,000 liter diesel bagi setiap perjalanan atau kos bahan api antara RM1,200 hingga RM4,000 setiap perjalanan.

Mengenai penjualan hasil tangkapan kepada nelayan asing, Lee bertanya apakah yang perlu dilakukan oleh nelayan tempatan jika tiada permintaan di negara ini.

“Buang kembali hasil tangkapan ke laut?”

Beliau berkata adalah logik untuk menjualnya kepada sesiapa yang mahukannya, termasuk warga asing.

Tetapi memandangkan terdapat permintaan yang besar di dalam negara, Lee berkata adalah menjadi tanggungjawab nelayan untuk memastikan pasaran dibekalkan dengan secukupnya. – 8 Julai, 2022.

NELAYAN

MAKIN BERANI

BERSUARA

AMIN

SELAMA INI

KENA BULI

AMIN

DI PANTAI

TOWKAY BULI

AMIN

DI PASAR

TOK PERAIH BULI

AMIN

KEMUDIAN GAMIN

SALAH URUS

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

mael54 berkata...

Bukan kah nelayan menjualkan tangkapan mereka tengah laut dgn batter trading guna dadah.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin benar kerana mereka player