Ahad, 27 Ogos 2023

TV HIJRAH DEMOKRATIK ?

 


TV AlHijrah dikecam tayang semula rancangan tampil menteri PAS

SALURAN televisyen Islam percuma milik kerajaan, TV AlHijrah mencuri tumpuan apabila menayangkan semula program yang membabitkan menteri hal ehwal agama dari PAS.

Program asal menampilkan Idris Ahmad, seorang menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Menteri hal ehwal agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihak pengurusan TV AlHijrah perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan semula program lama itu.

Mohd Na’im berkata ia tidak boleh diterima bagi kecuaian dan kerja melulu dalam industri penyiaran yang menuntut standard ketelitian yang tinggi.

“Kecuaian dan kerja secara sambil lewa tanpa amalan ketelitian tidak dapat diterima di dalam bidang penyiaran.

“Justeru pihak @TVAlHijrah wajib mengambil tanggungjawab dan tindakan serta-merta,” katanya di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, hari ini.

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, sebuah syarikat di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Jabatan Perdana Menteri.

Siaran ulangan itu dikenal pasti oleh seorang pengguna Fakhrurrazi Rashid, yang memuat naik tangkap layar program itu di X semalam.

“Buka saluran TV Al-Hijrah malam ini. (Terdapat) ulangan program sejak PAS-PN menjadi kerajaan pusat sebelum PRU15 (pilihan raya umum tahun lalu),” kata Fakhrurrazi.

“Adakah orang Melayu percaya PAS masih berada dalam kerajaan sekarang atau (memegang jawatan) menteri hal ehwal agama?”

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga berkata, beliau akan menghubungi pengurusan syarikat dengan segera untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, AlHijrah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai program itu yang disiarkan semula semalam.

“Kami akan menjalankan siasatan dalaman dan susulan daripada itu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Penambahbaikan proses dalaman juga akan dilakukan oleh TV AlHijrah supaya perkara ini tidak berulang lagi,” jelas kenyataan itu. – 27 Ogos, 2023.


ADA YG JELAS

DARI KES INI

AMIN

PERTAMA GAMIN

NAK KONTROL

SEMUA MEDIA

AMIN

HANYA PANDANGAN

GAMIN SAJE

DI BENARKAN

KHALAS

KEDUA INI

MAKNANYA RAMAI

PEGAWAI KERAJAAN

TERMASUK DLM

TV HIJRAH ADALAH PENYOKONG

PERIKATAN

GAMIN TAK 

DAPAT KAWAL

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu Menteri, Timbalan Menteri Ugama dari Taliban. Gaji buta tetapi pandai susun letak geng2 walaun disemua agensi bawah Menteri Ugama termasuk TV Alhijrah. YADIM pun letak Mamak Serban Tebal pay-per-view German, hero hang TT. So apa yg heran saki baki dalam Deep State maseh ramai.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ikut fatwa fatwi kena pakai cara lama, tak boleh pakai Audi kena cari unta, kena cari kuda, kena cari kaldai kah kah kah tapi ramai binatang dalam kumpulan berkopiah, semua perjalanan pakai Alphard tapi sembang zaman unta kah kah kah susahkan semuanya sekaligus woit