Ahad, 27 Ogos 2023

ZAHID BUAT LAWAK BERDIRI


Sekat ‘kebanjiran’ Pas ke Johor – Ahmad Zahid


MUAR – Zahid Hamidi berkata, kemenangan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram dan Pulai, amat penting bagi mengekalkan Johor sebagai deposit tetap kepada kerajaan sedia ada, sekali gus membolehkan kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri itu terus terbela.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kemenangan calon Amanah yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Nazri Abdul Rahman, juga perlu untuk menyekat Pas daripada bertapak di negeri itu yang kini diterajui oleh BN.

“Kita tidak mahu Pas menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sebagai tapak kedua selepas Maharani.

“Hanya orang Bakri dan Simpang Jeram yang boleh nafikan hasrat mereka itu, kita mesti susun strategi. Kerana Pas penuh muslihat… kita mesti lawan balik,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan jentera BN DUN Simpang Jeram, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, meminta Nazri, yang juga bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar, untuk bertindak sebagai ‘pakar banjir’, bagi menolak gelombang Pas berkenaan.

“Sebab itu sebagai pakar banjir,  beliau mesti tolak banjir itu, kita mesti jadikan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan gabungan PH dan BN ini, membanjiri seluruh negeri Johor sebagai negeri perpaduan paling kuat di negara kita ini,” katanya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

LAWAK BERDIRI

TERBAIK DARI

MAT ZAHID

KAH KAH KAH

SEBAB RAMAI

BANGSA JOHOR

SOKONG PAS

 KERANA

MEREKA TOLAK

KLEPTOKRASI

AMIN

WAKILNYA IALAH

ZAHID SENDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: