Sabtu, 15 Jun 2024

MELAWAN LUCAH


Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah

JAKARTA: Indonesia akan menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah, kata Menteri Komunikasi, Budi Arie Setiadi.

Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia, mempunyai peraturan ketat yang melarang perkongsian dalam talian kandungan yang dianggap lucah.

Budi memberitahu Reuters bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara itu.

"Kami pasti akan menutup perkhidmatannya," katanya sambil merujuk pada undang-undang maklumat dan transaksi elektronik (ITE) Indonesia yang membawa hukuman penjara enam tahun jika seseorang menyebarkan kandungan lucah.

Kenyataan itu dibuat beliau selepas platform media sosial itu baru-baru ini menaik taraf dasarnya untuk membenarkan memuat naik kandungan dewasa yang dihasilkan dengan persetujuan pemiliknya.

Naik taraf dasar baharu itu bukan sahaja membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah, malah mereka juga boleh mengedar dan menggunakan bahan berunsur seksual, asalkan ia mendapat persetujuan pihak terbabit.

Menurut dasar itu, pendedahan kepada bahan grafik lucah akan disekat kepada kanak-kanak dan pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya.

X, yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk, bagaimanapun, tidak menjawab surat amaran Indonesia, kata Budi sambil menegaskan kerajaan akan menghantar lebih banyak surat sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.

X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab permintaan Reuters yang meminta penjelasan.

Rakyat Indonesia adalah pengguna terbesar media sosial dan X mempunyai 24.85 juta pengguna di negara itu, menurut agensi pengumpulan data negara itu, Statista.

Sebelum ini, Malaysia turut menyuarakan penegasan mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial, X, yang didakwa mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Dalam perkembangan lain, Budi turut memaklumkan, Indonesia telah menutup lebih dua juta laman sesawang menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian haram, yang disifatkannya sebagai 'menghisap darah rakyat hingga kering'.

Perjudian dalam talian dilarang di negara majoriti Islam terbesar di dunia, tetapi tahun lalu lebih tiga juta rakyat Indonesia terbabit dalam aktiviti yang dianggarkan bernilai hampir AS$20 bilion (RM94 bilion).

Angka ini membimbangkan kerana ia bersamaan dengan atau kira-kira 1.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), menurut data kerajaan.

Isu itu menarik lebih banyak perhatian umum sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan beberapa tragedi dikaitkan dengan perjudian.

Minggu lalu seorang polis wanita Indonesia dilaporkan membakar suaminya kerana ketagihan berjudi yang dikatakan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan.

Dua bulan lalu, tentera berkata salah seorang pegawainya telah membunuh diri kerana hutang berkaitan dengan perjudian dalam talian semakin meningkat.

Selain menutup kira-kira 2.1 juta laman sesawang, Budi berkata pihak berkuasa turut membekukan beribu-ribu akaun bank dan tidak lama lagi akan secara rasmi menubuhkan pasukan petugas.

katanya, kebanyakan pelayan yang digunakan oleh laman perjudian berpangkalan di Kemboja dan ribuan rakyat Indonesia bekerja di sana untuk mengendalikannya, kata Budi, tanpa memberikan bukti.

Masalah perjudian dalam talian tidak terhad kepada Indonesia, sebaliknya turut dihadapi China walaupun perjudian diharamkan di negara itu.

Semalam, kerajaan China menggesa Filipina untuk menghapuskan perjudian luar pesisir, dengan menyifatkan industri itu sebagai 'penyakit sosial' yang menggalakkan jenayah seperti penculikan, pemerdagangan manusia dan pembunuhan.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, berkata pengendali permainan haram, sebahagian daripadanya dikendalikan oleh syarikat China, mungkin menimbulkan risiko keselamatan negara. - REUTERS

WOIT

LUCAH ?

KAH KAH KAH

KALAU MACAM NI

TUTUP INTERNET

AMIN

SAOLAN

MANA LEBIH BURUK

LAMAN LUCAH

ATAU

LAMAN MENTERI

BERBOHONG?

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg baik,lucah & buruk wajib bersatu wajib lwn menteri/k'jaan yg berbohong bila jatuh baru rakyat semua lapisan enjoy d menjoy lihat sprm pdrm ada reja /kes, kat depa pulak!