Selasa, 3 September 2024

AIR LAUT MAKIN NAIK




Paras laut di kepulauan Pasifik meningkat dengan ketara - PBB

NUKU'ALOFA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada sidang kemuncak kepulauan Pasifik mengenai data penyelidikan yang menunjukkan peningkatan ketara paras laut di rantau itu, berbanding purata global.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengisytiharkan amaran SOS berhubung bahaya yang dihadapi akibat peningkatan ketara lagi pantas paras laut global terutamadi kepulauan Pasifik.

"Saya berada di Tonga untuk mengeluarkan SOS global – Selamatkan Laut Kita – mengenai peningkatan paras laut. Malapetaka di seluruh dunia meletakkan syurga Pasifik ini dalam bahaya" katanya.

Mempunyai kepadatan penduduk yang sedikit, dengan kurang industri berat, pulau-pulau Pasifik secara keseluruhan menghasilkan kurang 0.02 peratus daripada pelepasan global setiap tahun.

Namun, kepulauan gunung berapi yang luas dan pulau cincin itu amat terancam dengan musibah peningkatan paras laut.

Pertubuhan Meterologi Sedunia (WMO), sejak awal 1990-an, memasang tolok air pasang di pantai terkenal Pasifik untuk pemantauan dan laporan baharu.

Dapatan yang dikeluarkan oleh badan pemantauan iklim PBB itu menunjukkan laut meningkat sekitar 15 sentimeter (sm) di beberapa bahagian Pasifik dalam tempoh 30 tahun yang lalu, berbanding purata global peningkatan laut sekitar 9.4sm.

"Ia semakin jelas bahawa kita sangat kesuntukan masa untuk mengubah keadaan sedia ada," kata pegawai tertinggi agensi ramalan itu, Celeste Saulo.

Sesetengah pulau, terutama di Kiribati dan Kepulauan Cook, bagaimanapun dilihat mengalami kenaikan yang setara atau berada di bawah purata global.

Namun, di tapak lain seperti ibu kota Samoa dan Fiji, paras laut meningkat hampir tiga kali ganda lebih tinggi.

Di negara Pasifik, Tuvalu, tanah pula kini semakin terhad sehingga kanak-kanak menggunakan kawasan tar di lapangan terbang antarabangsa sebagai taman permainan sementara mereka sendiri.

Saintis mengeluarkan amaran bahawa Tuvalu boleh tenggelam sepenuhnya dan lenyap daripada peta dalam tempoh 30 tahun akan datang.

"Ini adalah bencana demi bencana dan kami kehilangan keupayaan untuk membina semula, untuk menahan satu lagi taufan atau banjir besar.

"Bagi negeri pulau berkedudukan rendah, ini adalah soal kelangsungan hidup kami," kata Menteri Iklim Tuvalu, Maina Talia kepada AFP di luar sidang kemuncak itu.

Nasib pulau-pulau Pasifik sebelum ini diabaikan, memandangkan pengasingan relatifnya dan kekurangan kekuatan ekonomi.

Bagaimanapun, rantau ini semakin dilihat oleh saintis sebagai amaran iklim yang akan membayangkan masalah mungkin dihadapi bahagian lain di bumi.

"Laporan baharu ini mengesahkan apa yang dikatakan oleh pemimpin Pasifik selama bertahun-tahun.

"Perubahan iklim adalah ancaman keselamatan utama mereka. Negara-negara Pasifik sedang berjuang untuk terus hidup.

"Mengurangkan pencemaran iklim adalah kunci kepada masa depan mereka," kata penyelidik iklim Australia, Wes Morgan kepada AFP.

Menurut PBB, Pasifik Selatan yang dikelilingi oleh jutaan kilometer persegi lautan tropika, diancam oleh kenaikan paras laut, dengan sebahagian besar penduduk tinggal dalam jarak lima kilometer dari pantai.

Kenaikan paras laut 'menelan' tanah yang terhad dan mencemarkan sumber makanan serta air yang penting.

Sementara itu, perairan yang lebih panas mencetuskan bencana alam yang lebih buruk serta pengasidan lautan secara perlahan-lahan membunuh terumbu karang yang menyuburkan rantai makanan marin utama. - AFP

AWAS !!!

AIR LAUT MAKIN

NAIK

AMIN

KERANA AIR BATU

DI KHUTUB UTARA

MAKIN CAIR

AMIN

SEMUA PROJEK

TAMBAK LAUT

PASTI AKAN GAGAL

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org biasa x mampu tinggal d sini yg ada kuasa kewangan mampu tinggal d sini kahkahkah teruskan utk tenggelam