Khamis, 12 September 2024

PAMERAN SENJATA DIBANTAH


33 ditahan, pertempuran penunjuk perasaan dan polis di Australia


MELBOURNE: Penunjuk perasaan anti-perang membakar tong sampah dan membaling najis kuda ke arah anggota polis dalam pertempuran di Australia hari ini.

Susulan itu, polis menahan 33 individu dan menggunakan gas pemedih mata, bom tangan serta semburan lada untuk menyuraikan orang ramai.

Kumpulan aktivis berkenaan membantah penganjuran ekspo tentera selama tiga hari di Melbourne yang mempamerkan senjata dan teknologi dari seluruh dunia.

Polis tempatan yang bimbang kemungkinan kehadiran kira-kira 25,000 penunjuk perasaan bertindak mengalihkan sumbernya dari kawasan serantau dengan jangkaan menjadikannya operasi terbesar pasukan itu dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, polis berkata, hanya 1,200 yang hadir dengan kebanyakannya menjerit ke arah peserta ekspo sebelum bertempur dengan polis.

"Polis Victoria terkejut dengan tingkah laku beberapa penunjuk perasaan yang hadir pada protes tentera darat di kawasan pusat perniagaan Melbourne pagi ini," kata pasukan polis negeri dalam satu kenyataan.

Polis turut memberitahu, mereka dibaling dengan botol, batu dan najis kuda ketika cuba melindungi peserta ekspo yang sebahagiannya turut diserang penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan juga menyembur pegawai dengan bahan perengsa cecair dengan sebahagian daripadanya dikenal pasti sebagai asid.

Menurut wartawan AFP, penunjuk perasaan turut meletakkan tong sampah dan palet kayu yang dibakar dan membentuk penghadang sementara.

"Walaupun kami menghormati hak individu untuk membantah secara sah, kita tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku mereka yang melanggar undang-undang," kata polis.

Kumpulan aktivis termasuk Extinction Rebellion dan Students for Palestine bergabung untuk mengadakan protes itu, yang menurut mereka tercetus susulan pendirian Canberra berhubung konflik Gaza.

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

BILA

BLACKROCK

PAMER SENJATA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: