Khamis, 10 Oktober 2024

KELUARGA HATI MULIA



Keluarga Altantuya maafkan Azilah

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini dikemukakan surat sokongan bapa kepada Altantuya Shariibuu supaya salah seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Azilah Hadri yang terlibat dengan pembunuhan model warga Mongolia itu terlepas hukuman gantung sampai mati.

Peguam mewakili Azilah, J Kuldeep membacakan surat Dr Shaariibuu Setev di hadapan tiga panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat.

Kata Dr Setev, beliau memaafkan Azilah yang dikaitkan dengan pembunuhan ngeri anak perempuannya atas dasar kemanusian.

“Saya memohon supaya diberikan pengampunan kepada Azilah Hadri. Saya secara rasmi memohon supaya hukuman gantung mati itu ditukar kepada sekurang-kurangnya penjara seumur hidup. Saya juga telah memberitahu perkara yang sama kepada Perdana Menteri anda sebelum ini.

“Permohonan yang dibuat oleh saya sebenarnya ikhlas dan lahir daripada rasa hormat yang amat dalam terhadap rasa kemanusian termasuklah rakyat Mongolia itu sendiri,” kata Kuldeep.

Dr Setev turut memanjangkan surat yang sama kepada seorang lagi tertuduh yang memohon suaka di Australia yang merupakan bekas UTK, Koperal Sirul Azhar Umar.

Ketika membacakan keputusan, Maimun berkata, pihaknya sebulat suara bersetuju untuk membenarkan semakan hukuman mati kepada penjara atas dasar budi bicara selepas mendengar hujahan setiap pihak hampir satu jam.

“Mahkamah dengan sebulat suara membenarkan permohonan ini, hukuman gantung ditolak dan digantikan dengan pemenjaraan 40 tahun dan 12 sebatan,” katanya yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan,  Abang Iskandar Abang Hashim dan  Nordin Hassan.

Hukuman penjara itu berkuasa kuasa 1 November 2006 iaitu tarikh tangkap Azilah.

Pada 2009, Azilah disabitkan bersama Sirul Azhar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi esoknya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan itu oleh mahkamah yang sama.

Pada 2013, Azilah dan Sirul Azhar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan namun pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azilah untuk dibicarakan semula dan semakan sabitan terhadapnya pada 2020.

Azilah pernah cuba mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor. –

CONTOH

KELUARGA

BERHATI BESAR

AMIN

BERDENDAM

TAK BERFAEDAH

AMIN

SEMOGA SAMAN

KELUARAGA INI

DI TUNTASKAN

SACEPAT MUNGKIN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: