Jumaat, 11 Oktober 2024

PEMEGANG KUNCI SYURGA !!!



RUU mufti langgar perlembagaan, perkecil peranan Agong dan benarkan kerajaan kawal umat Islam, kata Latheefa

Peguam Latheefa Koya hari ini menyuarakan bantahan keras terhadap sebuah rang undang-undang (RUU) baharu mengenai jawatan mufti Wilayah Persekutuan, mengatakan ia akan memberikan kuasa luas kepada individu yang tidak dipilih tetapi dilantik seorang menteri, di samping mengawal rapi bagaimana umat Islam mengamalkan ajaran agama.

Latheefa menggesa ahli Parlimen yang bakal membahaskan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 di Dewan Rakyat minggu depan untuk menolaknya, sambil mengkritik sikap beberapa wakil rakyat kerajaan yang menurutnya masih berdiam diri dalam isu itu lebih tiga bulan selepas RUU itu dibentangkan pada Julai.

"Dalam hal ini, sikap berdiam diri dan penakut yang ditunjukkan ahli Parlimen DAP serta Sabah dan Sarawak mengenai RUU ini amat mengecewakan. Saya menggesa mereka bertindak demi kebaikan rakyat dan menegakkan perlembagaan sebagaimana yang telah mereka lafazkan dalam sumpah mereka."

'Peranan Agong diperlekeh'

Latheefa berkata RUU itu bakal mewujudkan "dua ketua" dalam hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan, iaitu mufti selain daripada Yang di-Pertuan Agong, yang pada masa ini merupakan ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan dan negeri tanpa sultan.

Beliau berkata dengan meletakkan mufti sebagai jawatan tertinggi "di sebelah Agong", RUU itu "memperlekeh kedudukan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia" seperti yang termaktub dalam Perkara 3(5) dan 34(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Mufti dilantik atas nasihat menteri, dan oleh itu kerajaan persekutuan akan memperoleh kuasa yang luas ke atas setiap aspek amalan agama umat Islam di negara ini sebaik sahaja RUU itu menjadi undang-undang.

"Ini bukan peranan yang dimaksudkan untuk kerajaan persekutuan di bawah perlembagaan kita. Ia bertentangan dengan struktur asas perlembagaan dan oleh itu adalah tidak berperlembagaan," kata Latheefa, peguam hak asasi yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dalam satu kenyataan.

RUU yang dibawa menteri hal ehwal agama Mohd Na'im Mokhtar menyentuh itu  antara lain menyentuh peranan mufti WP, struktur jawatankuasa fatwa, serta pelbagai jawatankuasa lain seperti falak, penentuan anak bulan dan arah kiblat.

Latheefa berkata RUU itu memberikan sesuatu fatwa dikeluarkan mufti WP bidang kuasa luas yang belum pernah berlaku sebelum ini, disebabkan ia bakal mengikat setiap orang Islam dengan akta baharu.

"Tiada pengecualian atau syarat," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata undang-undang Islam di WP semasa pada masa ini mengecualikan fatwa dalam hal peribadi, kepercayaan dan pandangan.

"Fatwa seorang mufti di bawah RUU yang dicadangkan itu bersifat kuku besi dan tidak boleh diubah," tambahnya.

Kuasa mengawal umat Islam

Beliau turut memberi amaran RUU itu boleh memasukkan lebih banyak kesalahan syariah di bawah undang-undang syariah WP, "untuk merangkumi hampir setiap aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik seorang Muslim".

"Dalam erti kata lain, sebarang fatwa dikeluarkan mufti mengenai mana-mana aspek berpotensi menimbulkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (FT) 1997.

"Oleh itu, RUU itu akan membawa kepada peningkatan yang tidak terkawal bagi jenis atau kategori kesalahan yang boleh dikuatkuasakan terhadap umat Islam."

Menurut Latheefa, RUU itu "memberi kuasa kepada kerajaan melalui mufti untuk mengawal atau mengawasi setiap aspek kehidupan umat Islam di negara ini", termasuk dalam soal pakaian dan makanan.

"Dalam demokrasi, tiada kerajaan sepatutnya diberikan kuasa sedemikian ke atas rakyatnya dengan bertopengkan alasan agama."

Beliau berkata RUU itu juga membenarkan mufti mengeluarkan fatwa atas inisiatif sendiri.

"Ini seperti kebenaran mutlak diberikan kepada mufti, iaitu seorang pegawai yang tidak dipilih, untuk mentadbir dan menentukan kehidupan umat Islam."

Latheefa juga mempersoalkan peruntukan bagi seorang wakil Islam dari Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menganggotai jawatankuasa fatwa WP.

Katanya, ia bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan di mana agama bukan menjadi syarat dalam jawatan melibatkan AGC.

"Ia juga jelas tidak masuk akal, kerana RUU itu sendiri akan dibahaskan dan diundi oleh ahli Parlimen Islam dan bukan Islam di Dewan Rakyat."


APAKAH KUNCI

SYURGA DITANGAN

MUFTI ?

JENG JENG JENG

APAKAH KUNCI

SYURGA DI TANGAN

KERAJAAN MADANI ?

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa apa pon silakan tapi jangan mai kacau NM...kejap halal kejap tak, ini tak sesuai itu kena tutup...kalau tak boleh tengok seksi..sila butakan mata, nm apa peduli..you olang suka kunyit..kita tak kata tak bleh.silakan berdubur kakakaka...