Selasa, 10 Disember 2024

SATU LAGI BUMI ARAB DI TELAH ZIONIS




Israel kata Dataran Tinggi Golan adalah miliknya buat selama-lamanya

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan pada Isnin bahawa Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel selama hampir 60 tahun, akan kekal menjadi sebahagian daripada Israel untuk selama-lamanya.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kritikan yang meningkat selepas Israel mengambil alih zon penampan di sempadannya dengan Syria.

Berucap pada sidang akhbar di Baitulmaqdis, Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, atas pengiktirafan ke atas tindakan Israel mengilhakkan wilayah itu pada 1981, ketika penggal pertama Trump selaku Presiden.

"Dataran Tinggi Golan akan menjadi sebahagian daripada Israel untuk selama-lamanya," katanya.

Israel menawan sebahagian besar dataran tinggi itu daripada Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan telah mendudukinya sejak itu, menangkis percubaan Syria untuk merampas kembali wilayah tersebut dalam Perang Arab-Israel 1973.

Netanyahu menegaskan bahawa kawalan Israel ke atas kawasan tinggi itu 'menjamin keselamatan dan kedaulatan Israel'.


Pada hujung minggu lalu, beliau mengarahkan tentera Israel memasuki zon penampan yang dipantau oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – di timur kawasan Dataran Tinggi Golan yang diilhakkan Israel – selepas kumpulan pemberontak Islam menumbangkan Presiden Bashar al-Assad di Syria.

Tindakan itu mendapat kecaman PBB dan negara jiran Israel. Seorang jurucakap PBB pada Isnin menyatakan tindakan Israel itu adalah 'pelanggaran' terhadap perjanjian pengunduran tentera 1974 antara Israel dan Syria.

Kementerian Luar Arab Saudi turut mengkritik tindakan itu, menyifatkan rampasan zon penampan itu sebagai bukti 'pelanggaran berterusan Israel terhadap peraturan undang-undang antarabangsa dan tekadnya untuk menggagalkan peluang Syria mendapatkan kembali keselamatan, kestabilan, dan integriti wilayahnya'.

Netanyahu pada Ahad menyatakan bahawa keruntuhan kerajaan Assad dan pengabaian tentera Syria terhadap pos kawalan mereka telah membatalkan perjanjian tersebut.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, pula menjelaskan bahawa pengambilalihan zon penampan itu adalah 'langkah sementara dan terhad yang diambil atas alasan keselamatan'.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, menyatakan pemahaman terhadap tindakan Israel yang, menurutnya, 'bukan bersifat kekal'.

"Akhirnya, apa yang kita mahu lihat adalah kestabilan yang berpanjangan antara Israel dan Syria, bermaksud semua pihak harus mematuhi perjanjian pengunduran 1974," katanya. - AFP

SATU LAGI

BUMI ARAB

DI TELAN ZIONIS

AMIN

DUNIA HANYA

MELIHAT

AMIN

UMAT ARAB

UMAT ISLAM

MELOPONG SAMA

KHALAS

Tiada ulasan: