Sabtu, 14 Disember 2024

TIK TOK AMERIKA


Mahkamah AS tolak permintaan TikTok hentikan sementara prosiding


WASHINGTON: Mahkamah Rayuan semalam menolak permintaan TikTok untuk lebih banyak masa untuk syarikat induknya di China, ByteDance, melepaskan saham aplikasi video pendek itu menjelang 19 Januari.

TikTok kini perlu bergerak pantas memohon kepada Mahkamah Agung untuk sekat atau batalkan ketetapan yang dibuat Mahkamah Rayuan itu.


TikTok dan ByteDance pada Isnin mengemukakan permohonan kecemasan kepada Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) untuk Daerah Columbia, meminta lebih banyak masa untuk membentangkan kes mereka kepada Mahkamah Agung AS.

Syarikat itu memberi amaran bahawa tanpa tindakan mahkamah, undang-undang itu akan mengharamkan TikTok, iaitu antara platform paling popular di AS, yang digunakan lebih 170 juta pengguna domestik setiap bulan.

Namun, mahkamah menolak permohonan itu, dengan mengatakan TikTok dan ByteDance tidak mengenal pasti kes sebelum ini 'di mana mahkamah, selepas menolak cabaran Perlembagaan terhadap Akta Kongres, membenarkan Akta itu berkuat kuasa sementara memohon semakan di Mahkamah Agung', menurut perintah mahkamah sebulat suara pada Jumaat.

Sejurus selepas keputusan itu, jurucakap TikTok berkata syarikat itu merancang untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Agung, yang mempunyai rekod sejarah yang jelas dalam melindungi hak rakyat AS untuk kebebasan bersuara.

Menurut undang-undang itu, TikTok akan diharamkan melainkan ByteDance melepaskan sahamnya sebelum 19 Januari.

Undang-undang itu juga memberi kuasa kepada kerajaan AS untuk mengharamkan aplikasi lain yang dimiliki jenama asing yang mungkin menimbulkan kebimbangan mengenai pengumpulan data rakyat AS.

Jabatan Kehakiman AS berpendapat kawalan berterusan China terhadap aplikasi TikTok menimbulkan ancaman berterusan terhadap keselamatan negara.

TikTok menyatakan bahawa Jabatan Kehakiman AS salah faham mengenai hubungan aplikasi media sosial terbabit dengan China.

Katanya, enjin cadangan kandungannya dan data pengguna disimpan di AS dalam pelayan awan (Cloud) yang dikendalikan oleh Oracle, sementara keputusan mengenai moderasi kandungan yang mempengaruhi pengguna AS dibuat di negara itu.

Keputusan itu, melainkan ditukar oleh Mahkamah Agung, meletakkan nasib TikTok di tangan pada Presiden AS sekarang, Joe Biden, sama ada untuk memberikan lanjutan masa 90 hari selepas 19 Januari depan atau untuk memaksa jualannya.

Seterusnya, keputusan mengenai TikTok beralih ke tangan Presiden dipilih, Donald Trump, yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari.

Trump, yang tidak berjaya mengharamkan TikTok semasa penggal pertamanya pada 2020, berkata sebelum pilihan raya presiden pada November, bahawa beliau tidak akan membenarkan larangan TikTok.

Pada Jumaat juga, pengerusi dan ahli Demokrat tertinggi dalam jawatankuasa Dewan Perwakilan AS mengenai China memberitahu CEO Alphabet (induk Google) dan Apple bahawa mereka mesti bersedia untuk mengeluarkan aplikasi TikTok dari kedai aplikasinya pada 19 Januari. - REUTERS

TIK TOK 

DI AMERIKA AKAN

JADI

MILIK AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: