Khamis, 13 Februari 2025

SUARA LANGAU



Zahid tepis dakwaan DAP menentang agenda Islam, Melayu dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan kononnya DAP menentang agenda Islam dan Melayu dalam Kerajaan Perpaduan.

"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke duduk di sebelah kanan saya.

"Sepanjang 25 bulan saya tidak pernah melihat sebarang penentangan terhadap agenda Islam dan Melayu dalam Kabinet oleh DAP," katanya ketika menjadi tetamu Podcast Utama Buletin TV3 yang dihoskan Halim Mohamed dan Azaria Tagaya.

Tambah beliau lagi, ketika Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan, Gobind Singh Deo dari DAP turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan Menteri Digital itu tidak pernah menentang sebarang usul yang dibentangkan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengakui dalam setiap parti termasuk UMNO, terdapat segelintir pemimpin yang sering mengeluarkan kenyataan bersifat 'loose cannon' atau bertindak di luar garis dasar parti.

Beliau berharap keserasian yang sudah terbina selama 25 bulan itu akan berterusan hingga mencapai tempoh 60 bulan pentadbiran.

"Apa yang penting ialah dasar kerajaan. Selagi tiada pertentangan dasar dalam kerajaan ini, saya percaya kestabilan akan terus terpelihara," katanya.

Beliau menjelaskan pada November 2022, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menetapkan 10 syarat sebelum menyertai Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

"Empat perkara utama yang mesti dipersetujui ialah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan bangsa Melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Alhamdulillah, Pakatan Harapan (PH) menerima semua syarat berkenaa tanpa sebarang penolakan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini adalah hasil daripada 'Grand Coalition' atau gabungan besar yang terdiri daripada 18 parti politik.

Menurut beliau, daya tahan kerajaan ketika ini wujud hasil persefahaman dan keserasian antara parti gabungan, meskipun sebelum ini mereka pernah menjadi seteru politik yang ketara.

"Bukan mudah untuk mempertahankan kerjasama itu. Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah saling mengenali hampir 40 tahun sejak zaman UMNO lagi.

"Saya ketika itu merupakan Ketua Pemuda UMNO, manakala beliau pula Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat pada 1998," katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi pengalaman peribadinya ketika melalui detik sukar, termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, namun beliau menyatakan dirinya tetap setia kepada UMNO.

BILA LANGAU

JUMPA TAIK

SEMUA BERUBAH

AMIN

BILA JUMPA

BANGKAI

TERUS SENYAP

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebih tepat bebas DNAA walau prima facie dan tarik diri kahkahkah madani terhormat menyepi madani!

Tanpa Nama berkata...

antara tonilok ngan kormeng mana lagi power ?

Tanpa Nama berkata...

kapir yang sokong zahid tmp ini kapir baik atau kapir jahat ?