Trump dan Putin akan bertemu di Arab Saudi mengenai Ukraine
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin berkemungkinan besar dijangka bertemu di Arab Saudi.
Bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, tetapi Trump berkata, ia akan berlangsung "dalam masa terdekat."
"Kami akhirnya menjangka akan bertemu," kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval, di sini, pada Rabu.
"Malah, kami menjangka bahawa beliau akan datang ke sini, dan saya akan pergi ke sana, dan kami juga akan bertemu, kemungkinan besar di Arab Saudi. Kali pertama kami akan bertemu di Arab Saudi."
Terdahulu, Trump dan Putin berbual di telefon dan menyifatkan perbualan lebih sejam itu itu sangat baik.
Dalam perbualan itu juga, Putin menjemput Trump untuk melawat Moscow, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kremlin.
Semasa panggilan itu, Putin "menyatakan kesediaannya" untuk menerima pegawai Amerika Syarikat (AS) dan menyokong kenyataan Trump sudah tiba masanya bagi kedua-dua negara untuk "bekerjasama," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, kepada wartawan.
Peskov turut memaklumkan, Trump menyuarakan hasratnya untuk menamatkan "permusuhan di Ukraine secepat mungkin."
Presiden AS terakhir yang melawat Russia ialah Barack Obama, ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di St. Petersburg pada tahun 2013.


3 ulasan:
biar USA berperang dgn negara2 seperti China Russia Iran Korea utara cuba baru boleh tengok USA ni kuat ka tak? kahkahkah
Tak lama lagi, zelenski akan jadi nama jalan zelenski road
Mungkin peluru sudah kurang, barang dah habis jual, pasar malam akan berhenti untuk sekian lama, akan disambung kelak apabila stok sudah penuh, ini cara perniagaan mereka kah kah kah, pasti harga minyak naik atas alasan perang, harga barang naik atas alasan sama, inilah kerjasama kapitalis dengan kuasa, seiring sejalan mencari keuntungan daripada kesusahan ramai sini sudah berlaku strategi sama, sebelah tangan ambil ambil ambil naik naik naik naik segala emak bapa kos, sebelah tangan lagi dikatakan beri bantuan kah kah kah tetapi strategi masih menguntungkan diri kroni kaum kerabat sekelian amin syukur alhamdulillah juga kah kah kah
Catat Ulasan