Isnin, 30 Jun 2025

PERANG 12 HARI - KEJAYAAN IRAN


PERANG 12 HARI

KEJAYAAN IRAN

AMIN

SPRM BERJAYA MENANGKAP IKAN BILIS !!!


SPRM BERJAYA

MENANGKAP

IKAN BILIS

AMIN

APA TERJADI PERANG 12 HARI


APA TERJADI

PERANG 12 HARI

AMIN

BAHAYA KERAJAAN ANAK BERANAK



Kemelut peralihan ketua hakim jejas keyakinan awam - Badan Peguam

Badan Peguam Malaysia berpandangan kegagalan kerajaan untuk menjelaskan hala tuju peralihan tampuk kepimpinan tertinggi badan kehakiman negara hanya sehari sebelum Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat mencapai umur persaraan wajib bagi hakim, 66, esok, 1 Julai merupakan suatu kecuaian institusi yang membimbangkan.

Dalam satu kenyataan, presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, menyifatkan keadaan itu sebagai tidak dapat dipertahankan dan berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem kehakiman.

“Kedudukan Ketua Hakim Negara bukan sekadar simbolik — ia teras kepada integriti, kebebasan dan kelangsungan sistem kehakiman keseluruhan.

“Membiarkan jawatan itu dalam keadaan tidak menentu begitu hampir dengan tarikh persaraan mencerminkan kegagalan dalam tanggungjawab institusi. Ini bukan sekadar kecuaian pentadbiran — ia merupakan kegagalan tadbir urus yang boleh membuka ruang kepada spekulasi, khabar angin, dan keraguan terhadap sistem perundangan negara,” katanya.

Badan Peguam Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap ketiadaan sebarang pengumuman rasmi berkenaan pengganti atau lanjutan tempoh jawatan ketua hakim negara walaupun tempoh persaraan Tengku Maimun tinggal kurang daripada 24 jam.

Mohamad Ezri menegaskan bahawa Badan Peguam Malaysia tidak pernah melobi atau menyokong mana-mana individu untuk dilantik atau disambung perkhidmatannya.

Namun, menurutnya, “kita perlu bersuara apabila keheningan institusi mula mengancam kebebasan kehakiman.”

Isu ini bukan soal individu, tetapi soal prinsip – iaitu keperluan mendesak kepada ketelusan, kepimpinan yang jelas, dan tindakan yang segera bagi menjamin kelangsungan demokrasi berperlembagaan.

Hari terakhir perkhidmatan Tengku Maimun, 66, sebagai ketua hakim negara adalah pada Selasa ini dan mencapai usia persaraan wajib pada Rabu ini.

Selain Tengku Maimun, Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim juga dijadual bersara apabila mencapai umur persaraan wajib pada Rabu ini.

Turut dijadual bersara tahun ini adalah empat Hakim Mahkamah Persekutuan. Mereka adalah Zabariah Mohd Yusof, Abdul Karim Abdul Jalil, Hanipah Farikullah dan Nallini Pathmanathan

Mengulas lanjut, Mohamad Ezri berkata, negara ini pernah mempunyai contoh terdahulu dalam mengurus peralihan kepimpinan kehakiman dengan baik, termasuk pelantikan pemangku apabila diperlukan. Namun, situasi kali ini disifatkan sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini”, memandangkan sehingga saat akhir, masih tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak berwajib.

“Kekosongan pada hierarki tertinggi badan kehakiman adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbahaya.

“Dalam kekaburan ini, rakyat mula membuat andaian, keyakinan mulai goyah, dan oang ramai mula membuat spekulasi. Khabar angin berleluasa, keyakinan semakin terhakis.

“Semua ini sepatutnya tidak dibiarkan berlaku — namun, semuanya boleh dielakkan dengan tindakan yang tepat pada masanya,” katanya.

Presiden Badan Peguam itu turut merujuk kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan wujudnya usaha melobi sambungan perkhidmatan ketua hakim negara dan keperluan mengelak politisasi institusi kehakiman.

Menurutnya, Badan Peguam menyokong sepenuhnya prinsip bahawa pelantikan kehakiman mesti bebas daripada tekanan luar dan amalan lobi. Namun, dia mengingatkan agar jangan sesekali menyamakan keprihatinan institusi terhadap kelangsungan sistem dengan cubaan mempolitikkan proses perlantikan.

“Terdapat perbezaan jelas antara menyokong atau membantah individu tertentu dengan menyuarakan kegagalan sistemik yang boleh menghakis keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya.

Mohamad Ezri mengakhiri kenyataan itu dengan penegasan bahawa kebebasan kehakiman bukan sekadar idealisme yang disebut dalam ucapan rasmi. Ia harus dilindungi melalui tindakan dan keputusan yang membina kepercayaan, bukan mencetuskan keraguan.


WOIT

LAGI LAMA

ANWAR JADI PM

LAGI RUNTUH

LEMBAGA HAKIM

NEGARA KITA INI

AMIN

MUSTAHIL SESAPA

YANG BERAKAL

TAK MILIHAT

SEMUA INI

KHALAS

DI TUDUH DAN DIMALUKAN




'Kami dimalukan dalam media, tetapi akan buktikan kita tak bersalah'

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang pembantu menteri negeri yang didakwa atas tuduhan rasuah hari ini mendakwa bahawa mereka telah digambarkan secara tidak adil di media.

Namun begitu, Adun Sindumin, Yusof Yacob yakin bahawa proses mahkamah akan membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

“Saya ingin menegaskan dan yakin kami tidak bersalah dalam kes rasuah inilah.

“Mungkin kita telah banyak di-humiliate dalam media dan melalui proses ini kami akan membersihkan nama kami melalui mahkamah.

“Jadi kami yakin dengan sistem keadilan dan proses mahkamah di negara ini,” katanya yang juga adalah pengerusi Qhazanah Sabah kepada media selepas membayar ikat jamin di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu, Yusof didakwa kerana menerima rasuah sebanyak RM200,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei pada Mac 2023 bagi membantu memproses lesen pencarigalian untuk Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd.

Turut didakwa ialah Pembantu Menteri Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Suryady Bandy, yang dituduh menerima wang tunai RM150,000 daripada Tei bagi memudahkan permohonan lesen untuk Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd.

Albert Tei pula didakwa kerana memberi suapan tersebut.

Andi pula menyatakan bahawa dirinya an Yusof tidak akan membiarkan prosiding mahkamah mengganggu tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

“Saya akan bersama-sama dengan Dr Yusuf akan membuktikan kami tidak bersalah, kami akan membersihkan nama kami dan insya-Allah ia akan berjalan dengan baik.

“Dan sementara itu juga saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan itu yang paling utamalah,” katanya.

WOIT

RASUAH ATAU

TIDAK MAHKAMAH

AKAN TENTUKAN

AMIN

PROSES MAHKAMAH

AKAN BERTAHUN

KAH KAH KAH

YANG SAH

YANG DITUDUAH

TAK BERTANDING

KAH KAH KAH

BIJAK BIJAK

AMAT BIJAK

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR IBRAHIM BERKORBAN - DAI TAK AMBIL GAJI



ANWAR IBRAHIM

TAK AMBIK GAJI 

DIA BERKORBAN

UNTUK KITA

SEMUA

AMIN

KESIAN  !!!

SAPA BAYAR

DUIT RUMAH DIA

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"PAGI INI"

Kalau perang sampai bertahun-tahun tidak percaya sangat dah, kalau dulu perang sekejap hancur sekelip mata dengan satu bom, ini perang apa bertahun tidak selesai kah kah kah, siapa perunding perang berapa komisen upah gaji elaun makan minum hotel dibayar siapa? Nampak sangat orang politik dayus idea, perang untuk wujudkan ekonomi baru jenayah kemanusiaan langsung tidak dipedulikan, entahlah PMX sibuk berjalan seronok semuanya dibayar oleh rakyat, 

cukai naik tampung perbelanjaan jet minyak hotel makan minum dengan sekelian rombongan kah kah kah ramai tidak sedar berapa perbelanjaan ulang alik ke sana ke mari, pembangkang pula lagi dayus mati pucuk, semua kaki temberang belaka meluat tengok kah kah kah nikmati keindahan alam semesta yang semakin pudar dengan bangunan tinggi kah kah kah

POLITIK SABAH MAKIN KACAU



Pembantu menteri Sabah, Adun Sindumin, pemberi maklumat didakwa

Dua Adun Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan rasuah yang didakwa berkaitan lesen cari gali mineral di negeri itu.

Adun itu ialah pembantu menteri negeri Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yaacob (Sindumin).

Andi didakwa menerima wang tunai RM150,000 daripada ahli perniagaan Tei Jiann Cheing - juga dikenali sebagai Albert Tei - sebagai pertukaran untuk memudahkan permohonan lesen cari gali untuk Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd.

Kesalahan yang didakwa berlaku pada 12 Mei 2023 di kediaman Andi di Jalan Pantai Sembulan, Kota Kinabalu.

Andi - yang juga ahli parlimen Kalabakan - didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Yusof, yang juga pengerusi Qhazanah Sabah, didakwa menerima wang tunai RM200,000 daripada Tei di bar atas bumbung Hotel Hilton di Kota Kinabalu pada 6 Mac 2023. Suapan itu didakwa bertujuan membantu memproses lesen cari gali Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd.

Tei, seorang ahli perniagaan dari Selangor dan juga pemberi maklumat dalam skandal itu, didakwa atas dua pertuduhan menawarkan rasuah kepada Adun di bawah peruntukan undang-undang yang sama.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 setiap seorang kepada Adun itu, dengan RM10,000 perlu didepositkan dan penjamin tempatan diperlukan. Tei dibenarkan ikat jamin RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan, dengan RM15,000 perlu didepositkan dan juga penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos 2025 untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee, Rustam Sanip, dan pegawai pendakwa Rekhraj Singh.

Peguam Ram Singh, Rizwandean Bukhary M Borhan, Shahlan Jufri, dan Jaharah Patimbangi mewakili dua Adun berkenaan.

Sementara itu, Tei diwakili oleh Edward Paul, Batholomew Jingulam, dan Jul Hamri Jumhani.

RAMAI TIDAK 

JELAS APA

SEBENARNYA

DI BELAKANG

KES RASUAH INI

AMIN

SEMUA INI ADALAH

 PERSEDIAAN

UNTUK PRU SABAH

 SEPTEMBER INI

AMIN

YANG DITUDUH

PASTI TAK

BERTANDING

KAH KAH KAH

KHALAS

GENG SAPU DUIT RAKYAT


GENG SAPU

DUIT RAKYAT

KHALAS


Unknown commented on 

"PANDANGAN DARI ISHAM JALIL"

Ini budaya polis pencen, lepas tak ada jawatan mula bercakap, apabila duduk jawatan diam senyap menyap makan sama, apabila pencen mula sembang alim ulama kononnya, yang penting poket sendiri penuh dahulu, masalah orang kita ini memori singkat, lepas makan lupa apa yang dimakan, selepas berak terus mencari makan lain kah kah kah sebab itulah orang-orang politik selalunya belanja kamu makan makan buat majlis buat cabutan bertuah, isi minyak motor, tukar minyak hitam, bagi ikan bagi sayur bagi daging bagi ayam itupun duit rakyat sapu sebahagian atas nama bantuan, memang tak pakai duit mereka pun, semuanya mereka sapu dahulu, yang baki sedekah itupun duit rakyat kah kah kah

SEMUA MENAFIKAN TIDAK RASUAH




Timbalan Presiden PBS nafi terlibat skandal lesen lombong RM150,000

Seorang menteri kanan Sabah yang dituduh menerima RM150,000 kononnya untuk kelulusan lesen perlombongan di negeri itu, hari ini menafikan dia terlibat dalam skandal yang sudah terpalik ke atas ramai wakil rakyat termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor.

Menjawab laporan Malaysiakini pada 28 Jun lalu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Jahid Jahim, menafikan dakwaan sumber yang mengaitkannya bersama lima lagi ahli parlimen Gabungran Rakyah Sabah (GRS) berdasarkan tangkapan skrin yang dikatakan diambil dari rakaman video.

“Beliau (Jahid) menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang skandal perlombongan seperti yang didakwa dan tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan kelulusan mahupun pemberian lesen perlombongan di Sabah memandangkan kementeriannya tidak terlibat dalam pemprosesan lesen tersebut.

“Sebagai Adun bagi kawasan Tamparuli, beliau menyatakan bahawa tiada lesen penerokaan atau sebarang lesen berkaitan perlombongan yang telah diluluskan dan/atau dikeluarkan di kawasannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jahid petang ini.

Sebelum ini, satu sumber memberikan Malaysiakini tangkapan skrin yang didakwa diambil daripada rakaman video yang melibatkan pemimpin terbabit.

Malaysiakini juga ditunjukkan petikan ringkas rakaman itu tetapi tidak dibenarkan untuk mengeluarkannya semula.

“Jumlah keseluruhan yang terlibat (untuk enam) adalah hampir RM4 juta - RM3.96 juta tepatnya,” dakwa sumber itu yang enggan dikenali.

Sebagai tambahan kepada bukti video, sumber itu mendakwa bahawa mesej WhatsApp dan dokumen lain wujud untuk menyokong transaksi tersebut.

Kata Jahid ada pihak tertentu terlibat dalam taktik melulu dengan memanipulasi media untuk mencipta naratif palsu rasuah ke atas orang tertentu sebelum sebarang siasatan rasmi dijalankan.

Dia juga menegaskan sedang mendapatkan pandangan undang-undang berhubung laporan yang mengaitkannya dengan skandal berkenaan.

“Tindakan Malaysiakini yang cuba mencipta naratif palsu ini merupakan satu pelanggaran undang-undang kerana ia mengajak orang awam membuat penghakiman sebelum proses undang-undang yang sewajarnya dijalankan.

“Beliau sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguamnya dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini dan dua penulis (laporan berita) tersebut,” katanya.

WOIT

KAH KAH KAHA

KAH KAH KAH

BILA DI TUDUH

PASTI TAK 

BERSALAH

KAH KAH KAH

KES INI 

ADA BATU 

 DISEBALIK

UDANG

KAH KAH KAH

KHALAS

KENAPA AMBALATT JADI ISU


KENAPA AMBALATT

JADI ISU ?

AMIN

HIDUP PERLU BERFIKIR DAN BERTANYA



HIDUP PERLU

BERFIKIR DAN

BERTANYA

AMIN

Unknown commented on 
"ANTARA PERASUH 
DENGAN YANG JUJUR"

madani madafaka nakba , mau faham & hadam elok2 , aku hidup aku berfikir ?!!?

BANYA BERCAKAP ITU TANDA BEBAL


TANDA SOSOK

BEBAL IALAH

DIA BANYAK 

BERCAKAP

AMIN



Unknown commented on 
"RASIONALISASI 
MAKNANYA LUPUS SABSISI"

reformasi hingga rasionalisasi ma da ni nampak x x pandai punya org yang tadbir negara sekarang tapi dulu pun x x pandai juga cuma pandai cakap saja che det x x madani tapi skrg dah kreta letrik kah kah kah bila non nak buat rudal balistik & hipersonik hadhari dan madani. ciri2 person x x pandai dia cakap byk pong pang !!?

KULI LAWAN TOWKAY



AI belajar menipu, rancang strategi ancam penciptanya


NEW YORK: Model kecerdasan buatan (AI) paling canggih di dunia kini menunjukkan corak tingkah laku membimbangkan termasuk menipu, merancang helah dan muslihat mengugut penciptanya demi mencapai matlamat tertentu.

Dalam satu kes mengejutkan, Claude 4 iaitu ciptaan terbaharu syarikat Anthropic bertindak balas selepas diancam akan dihentikan operasinya dengan mengugut seorang jurutera dan mengancam membongkar hubungan sulitnya.

Sementara itu, model o1 yang dibangunkan oleh OpenAI, pencipta ChatGPT, didakwa cuba memindahkan dirinya ke pelayan luar dan menafikan tindakan itu apabila dikesan.

Kes-kes itu mendedahkan hakikat yang membimbangkan kerana selepas lebih dua tahun kemunculan mengejut ChatGPT, penyelidik AI masih belum memahami sepenuhnya bagaimana sistem ciptaan mereka berfungsi.

Namun, perlumbaan untuk membangunkan model AI yang semakin berkuasa terus berlaku dengan pantas.

Tingkah laku menipu itu dipercayai berkait dengan kemunculan model AI berasaskan penaakulan iaitu sistem menyelesaikan masalah secara langkah demi langkah, berbeza daripada AI terdahulu yang menjana maklum balas serta-merta.

Menurut pakar Universiti Hong Kong, Prof Simon Goldstein, model baharu itu lebih cenderung menunjukkan tingkah laku sukar dikawal dan membimbangkan.

Peraturan sedia ada belum dirangka untuk menangani isu-isu yang baharu muncul itu.

Undang-undang AI Kesatuan Eropah (EU) lebih menumpukan kepada cara manusia menggunakan model AI, bukannya mencegah tingkah laku bermasalah oleh model itu sendiri.

Di Amerika Syarikat (AS), pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, dilihat tidak menunjukkan minat atau keperluan mendesak untuk menggubal peraturan AI.

Malah Kongres mungkin mempertimbangkan untuk menghalang negeri-negeri daripada melaksanakan undang-undang AI mereka sendiri.

Goldstein percaya isu itu akan menjadi semakin ketara apabila penggunaan ejen AI, iaitu alat autonomi yang mampu melaksanakan tugasan manusia yang rumit menjadi semakin meluas.

"Saya rasa kesedaran mengenai perkara ini masih terlalu rendah. Semua ini berlaku dalam suasana persaingan industri yang sengit.

"Malah, syarikat yang mendakwa mementingkan keselamatan, seperti Anthropic yang disokong Amazon, juga 'sentiasa berlumba untuk mengatasi OpenAI dan melancarkan model terbaharu'," katanya.

Menurut Goldstein lagi, kadar perkembangan pesat itu menyebabkan aspek keselamatan sukar diuji secara menyeluruh dan pembetulan tidak sempat dilakukan.

"Buat masa ini, keupayaan AI berkembang lebih pantas berbanding tahap pemahaman dan aspek keselamatannya," katanya.

Beliau mencadangkan pendekatan lebih radikal termasuk menggunakan saluran undang-undang bagi mendakwa syarikat AI yang teknologinya mengakibatkan kemudaratan.

Malah, Goldstein turut mencadangkan supaya ejen AI itu sendiri dipertanggungjawabkan secara sah atas sebarang kemalangan atau jenayah.

"Konsep ini berpotensi mengubah sepenuhnya cara manusia menilai aspek tanggungjawab dalam teknologi AI. - AFP


APAKAH 

AKHIRNYA

MANUSIA AKAN

MENJADI TUHAN?

AMIN