Jumaat, 28 November 2025

MALAPETAKA IKLIM


Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sri Lanka

ANKARA: Sekurang-kurangnya 31 terkorban manakala 14 lagi dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda seluruh Sri Lanka dalam tempoh kurang dua minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan hari ini.

Operasi menyelamat diteruskan di kawasan yang teruk terjejas ketika negara kepulauan itu masih berdepan cuaca buruk, termasuk hujan lebat, paras air banjir yang meningkat dan tanah runtuh berterusan sejak 17 November sehingga menjejaskan rutin harian di beberapa daerah, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Daily Mirror.

Menurut Pusat Pengurusan Bencana, lebih 4,000 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk, manakala 10 individu cedera dalam tempoh tersebut.


Kematian akibat banjir, tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 19 mangsa


JAKARTA: Korban akibat banjir dan tanah runtuh di pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 19 orang, menurut seorang pegawai penyelamat hari ini, dengan puluhan lagi masih hilang.

Pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Nasional, Emy Freezer, berkata setakat pagi ini tiada kemas kini baharu, secara keseluruhan di semua lokasi terjejas, 19 orang sudah meninggal dunia.

"Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan hilang di enam lokasi dan akses jalan raya ke kawasan terjejas juga terputus, begitu juga perkhidmatan telekomunikasi dan elektrik," katanya.

Justeru, pihak berkuasa kini memberi tumpuan kepada kerja-kerja membersihkan runtuhan bagi memasuki kawasan terpencil dan menyalurkan bantuan.

INI TANDA

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

TAHUN DEPAN

PASTI 

LEBIH GANAS

KHALAS

Tiada ulasan: