Jumaat, 28 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 28 NOVEMBER 2025

PRN SABAH


SABAH LARI DARI MALAYSIA
Nampak jelas  Sabah dan Sarawak dah nak lari dari Malaysia – Kempen Sabah First adalah tanda sentimen ini – Begitu juga Sarawak – panggil Ketua Menteri Primer – semua ini  ada niat nak  Malaysia.

Bukan satu yang salah TAPI bawa bahaya kerana CHINA MERAH sedang menunggu untuk menelan Sabah dan Sarawak – Lihat  China  Merah klim Lautan Sunda hingga ke Sabah.

Lihat China Merah gaduh dengan Filipina – ini kerana China Merah klim pulau milik Filipina. 

Awas – agen-agen China Merah pasti berkeliaran bukan saja  sebagai PENDATANG HARAM malah mengrekrut   China Tempatan. INI BAHAYA BESAR.

Kerajaan Lemah dan TIDAK  ada sokong rakyat seperti kerajaan Madani Awar bin Ibrahim akan membawa perpecahan Malaysia dengan lebih cepat. Amin

POUND STERLING
Sam Ketot di beri duit oleh sapa ? Jeng jeng jeng ? Sapa Albert Tei ini ? Jeng jeng jeng  - sapa di belakang Albert Tei ini ? Sapa yang melabur untuk rembat tanah Sabah? 

AWAS – Kongsi Gelap sedang meresap masuk ke dalam pentadbiran kerajaan Madani Anwar bin Ibrahim.

Sapa MELABUR duit untuk Farhash ?  Samseng China ini dah lari ke luar negara.

Apakah di belakang Albert Tei pelabur CHINA MERAH ? Amin

RUSIA
Putin mahu Ukraine menerima hakikat bahawa wilayah Donbas akan menjadi Rusia.

VENEZUELA
Ketegangan  dengan Amerika meningkat. Venezuela haramkan 6 syarikat kapal terbang dari mendarat di Venezuela. Presiden Maduro dah bersedia dalam suasana perang

SUMATERA
Banjir kilat di Sumatera  mengambil 69 nyawa. Banjir berterusan.

HOKKIEN
Pagi ini rebas – gua masuk juga ke Hokkien. Basah sejuk dan lecah. Di Pintu Masuk gua dengar suara Katak dan Cengkerik - suara unggas lain tak di dengar  – bumi basah.

Tapi bunyi hujan jatuh ke atas daun Terap kuat  didengar – ini kerana daun Terap lebar.

KL &KL Sentral berkabus tebal -  Mata hari  tidak di lihat. Gua datang terus menuju Wakaf Pertama – Siti dan Keluarga dah menunggu – Pagi ini Pendatang Kwantung dah tidak ada lagi – maka keluarga Siti makan selesa.

Ketika gua menulis ini rebas masih  berterusan. Deram bunyi hujan menimpa hutan depan balkoni gua kuat. Gua rasa  cuaca  seperti ini akan berterusan .

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO  
Lu  tau tak hidup lu itu adalah sebuah buku.

BRO
Buku ini kawan yang berharga tapi ramai kawan tak faham bab ini.

BRO
Lu baca buku pengalaman orang lain – ini catatan seumur hidup untuk semua generasi  yang akan datang. Amin

BRO 
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak cerdik ambil orang cerdik bekerja, kalau tidak pandai ambil orang pandai bekerja, ini asyik ambil kesemua yang tidak pandai tidak bijak tidak cerdik masuk semua lapangan, sampai lahir satu golongan Prof Kangkung Terbang, susah mengatur langkah, susah nak pertahankan orang bodoh apabila apa saja keluar mulut orang bodoh ini menyusahkan segala macam negara manusia amin. Semuanya semakin rosak dipegang oleh orang-orang perasuah perompak pencuri tulang pemalas pembodek sekarang, sindrom bukan baru bermula sejak zaman Mahathir Mohamad lagi. Apapun itulah hakikatnya sekarang. Kah kah kah tunggu emas turun amin