Isnin, 16 Februari 2026

MAJLIS PEGUAM TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


SEMENJAK 

ANWAR 

BIN IBRAHIM

BERKUASA

BADAN KEHAKIMANA

JADI  ROSAK KACAU

AMIN

BERMULA DENGAN

KES DNAA ZAHID

AMIN

JIKA 

MAJLIS PEGUAM

TAK YAKIN DENGAN

HAKIM MAKNANYA

NEGARA 

DALAM BAHAYA

KHALAS




Badan Peguam cabar pelantikan Ahmad Terrirudin dalam JAC

Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan mahkamah berkaitan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Salleh, ke dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), termasuk memohon supaya pelantikan tersebut dibatalkan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa permohonan itu difailkan melalui Messrs Clinton Tan pada 12 Feb di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Badan itu menamakan Terrirudin; Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, JAC dan kerajaan sebagai responden pertama hingga keempat.

Mereka juga memohon perintah mandamus bagi memaksa JAC menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan terhadap Terrirudin, dengan hasil siasatan tersebut didedahkan kepada umum.

Selain itu, Majlis Peguam juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah mandamus yang mengkehendaki Anwar melaksanakan prerogatif melantik ahli JAC selaras dengan undang-undang, termasuk mengikut konvensyen yang telah lama diamalkan serta Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Mereka juga mahu mahkamah mengeluarkan perintah quo warranto yang mengkehendaki Terrirudin menunjukkan sebab dan mendedahkan asas pelantikannya ke dalam JAC berbanding anggota kehakiman lain, serta perintah yang sama terhadap Anwar, JAC dan kerajaan berhubung pelantikan tersebut.

“(Kami memohon) perintah mandamus untuk memaksa responden ketiga mengeluarkan, menyediakan atau mendedahkan salinan minit mesyuarat bertarikh 16 Mei 2025 kepada pemohon dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelupusan permohonan kebenaran ini.

“(Kami juga memohon) perintah larangan yang menghalang responden kedua, ketiga dan keempat daripada melantik responden pertama ke mana-mana jawatan dalam badan kehakiman sehingga prosiding semakan kehakiman ini diputuskan sepenuhnya dan muktamad.

“(Serta) suatu perisytiharan bahawa keputusan pelantikan Terrirudin adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah,” menurut dokumen tersebut.

Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya pelantikan itu digantung sehingga mahkamah membuat keputusan dalam kes semakan kehakiman tersebut.

Pelantikan Terrirudin

Terrirudin dilantik sebagai salah seorang daripada sembilan anggota JAC pada November tahun lalu bagi menggantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Yusof yang bersara pada Oktober.

Dia dilantik oleh Perdana Menteri di bawah kuota lima anggota JAC yang dipilih oleh pihak eksekutif.

Di bawah kuota tersebut, Perdana Menteri boleh melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan dan empat individu terkemuka yang bukan anggota badan eksekutif atau perkhidmatan awam lain.

Mahkamah Persekutuan terletak di Istana Kehakiman.

Empat lagi anggota JAC dilantik secara automatik berdasarkan jawatan mereka dalam badan kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara (yang juga pengerusi suruhanjaya), Presiden Mahkamah Rayuan, serta dua Ketua Hakim yang mewakili Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Pelantikan ini dilihat sebagai menyimpang daripada amalan yang biasanya memperuntukkan jawatan tersebut kepada hakim kanan mahkamah tertinggi.

Dari segi kekananan, hakim Mahkamah Persekutuan paling kanan ialah Rhodzariah Bujang, yang menyertai mahkamah tertinggi pada Mac 2020, manakala Terrirudin menyertainya pada November 2024.

Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata pada Disember bahawa pelantikan itu dibuat mengikut budi bicara Perdana Menteri seperti diperuntukkan undang-undang, tanpa perlu berunding dengan sesiapa termasuk dirinya sendiri, dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar.

Kontroversi JAC

JAC antara lain berperanan memilih individu yang layak dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

Ia menjadi tumpuan penelitian dan kontroversi hebat susulan dakwaan bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan dituduh campur tangan dalam proses kehakiman semasa mesyuarat suruhanjaya pada bulan Mei.

Pertanyaan oleh Malaysiakini kepada hakim berkenaan pada Jun membawa kepada siasatan polis selepas hakim itu mengarahkan seorang pembantunya membuat laporan polis.

Pada Julai, minit mesyuarat yang didakwa bocor tersebar di media sosial.

Perkembangan itu mencetuskan skandal kehakiman, dengan kebimbangan bahawa pihak eksekutif cuba mengawal badan kehakiman, apabila hakim yang terlibat didakwa bakal dilantik sebagai Hakim Besar Malaya dan seterusnya Ketua Hakim Negara.


Tiada ulasan: